Thursday, May 28, 2009

mana ada perempuan sini,dik!

akhirnya,selepas berminggu-mingguan tertangguh medical check up,buat gaks!eish..leceh giler+gelik.at that time aku pergi ngan ayah aku.ada yg jg kaunter kata Dr satu lagik tada,jadi Dr len ganti.namanya agak perempuan cikit.aku tanya,so ada dr perempuan ke?ayah aku ngan akak kaunter tu gelak je.mana la ada Dr perempuan.aduhai.aku dari awal ckp ngan ayah aku nk Dr perempuan.sbb aku dah terbiasa siang mlm kalu sakit mesti tuju Dr Fidah.tp nk buat medical check up kat Dr Fidah,dia tada x-ray pulak.huhu.
buat punya buat..aku kena buat urine test,cek telinga,x-ray,tekanan darah.!haha.ayah aku ckp ti nk keje kena buat lagik.!sabar je.aku ingat sekali dalam hidup.kuikui.
yay,kad bank pun dah buat..settle masalah:P

Tuesday, May 26, 2009

bijou bazaar

oke,actually aku mula jatuh hati buatan anak tempatan..
giler suka tgk hasil rekaan mereka yg dikira high class bg ku.kuikuik.betoi!!!

tp masalahnya siapa nak bawak aku kesana???????????????????adodoi,!
aku gilew dengan b0ongashoes(if salah ejaan,sorry).really!urghh,da aku dapati kasut nya mmg sgt mengiurkan.kehkeh.bahaya dowh! pe lagi,beg pun okai hiasannya!adodoi..

pada 6&7 june2009 ..bertempat di Jeumpa D'ramo, 102 - 104, Jalan Maarof, 59100 Bangsar.jam 10 am-6pm!

alaaaaaaaaa..aku kat Melaka kowt??????
atas permintaan aku,datang la ke Melaka!Hmm...
u olls asik bergerak sekitar KL jeh.

tunnel underwater

sesuatu yg pasti~!rupanya mimpi aku benar-benar wujud..ye ia WUJUD!mak aih..eishh.
mimpi ini sudah lama hadir dalam tidur aku.baru sekarang nk cerita.aku pergi ke suatu tempat dimana aku memasuki terowong bawah laut.cantik giler tempatnya tp hati aku berdebar sbb lalu bawah laut.khuatir jadi ape2.
aku tahu dari satu fakta,terowong tu dah lama wujud!huhu.aku je jakun!br taw skrg.muahaha...ada dekat US dan JEPUN.yg JEPUN tu lebih glamour train bawah laut.hee~bahagianya kalau aku dapat ke sana.mimpi je buat ape.aduhai...ntah bila dapat jejak ke sana.aku rasa kalau dapat pergi,sure non stop otak aku pikir pasal safety nye.kehkeh.aku seorang yang penakut kalau ia berkaitan dengan laut walaupun aku anak laut!huuuu~!
ehem,ehem

blog aku kekurangan gambar..aku lihat blog yang dikombinasikan dengan gambar mesti menarik.huahua.

ahad lepas gi the curve.dalam dok lintas jalan,kereta sesak nk mati..tetiba aku ternampak sorang mamat nih.okeh!!bukan aku yg nmpk,mak aku yang perasan budak tuh.budak ape??budak hujan!!dengan rambut cendawan dia.kehkeh(jahat aku).memandangkan aku giler letih aritu,aku buat tak layan jeh!ceyh,cam dia nk layan aku kok.muahaha.kalau aku singgah kedai tu,sure jumpa tp malangnya .

bj merh tu bukan kawan aku,ni aku amik dr website.kehkeh

kawan lama aku ada msg smlm..sms,punye sms..skalik!woit,aku satu rumah ngan anak zami ismail,dah aku blur!tapi teringat balik lehh..Hmm,pelakon citer c0mel tuh.ekekek.anak dia yg bongsu sebaya ngan aku.abg dia(aku x pasti hilter or opie) siap bagi business card kat semua senior yang berada di sekitar situ.huhu.adodoi.otak business.dalam kolej org pun sempat edaRkan.kehkeh.

menarik nya smlm,ayam aku terbang setinggi-tingginya.eishh.aku sembelih karang baru taw!masa yang sama aku tgh kejar ayam,accident pulak.huh..bunyi tak bole bla..berdentum kuat.seperkara lagik!aku bagi tercabut wayar line telef0n.kehkeh.ganas nye pasal kan.huu~tp pagi ni elok balik,sbb tu la dapat online.lala.

Saturday, May 23, 2009

musim orang masuk belajar belum habis lagik.khabarnya penuh klinik budak2 buat medical check up.yg aku!!!blum lagik.takpe aku akan buat.kereta da siap,road tax da update!kuikui.

welc0me home farahk!
ya,ya..tapi entri aku masih di anggap membosankan.
bila agaknye papa nak bg kAta putus tentang 'BENDA'itu agaknya.hee~otak dah berangan,hati dah di tempat lain.
aku takut la aku belum cuci otak aku ni??nk kena refresh semula.mana yang sewel sikit,mana yg
terputus sikit.kehkeh.

aku dengar ramai yang pergi menunaikan umrah termasuk MR RIZALMAN IBRAHIM(
pereka fesyen yg sungguh gah itu!).bila la aku sampai hajatnya untuk ke sana?ma!!!nanti nak pergi,bagitau farah tau...farah teringin nak jejak kaki ke sana.sangat teringin:C..perasaan sikit cemburu untuk mereka,tapi tak elok aku berperasaan itu.cemburu itu dtg bila aku pikirkan,dekatnya mereka hampiri kaabah dan berdoa dengan khusyuknya.


Ya Allah,izinkan aku lakukan sesuatu.bak kata kawan aku.kita kena berkorban.tahun2 akan datang sumanya berbeza sekali lagi.jadi kena lah tempuh penuh kesabaran.insyallah,dimakbulkan doa oleh Allah..insyallah.

Sunday, May 17, 2009

surang-surang udah pergi!abih la hometown aku!sunyi la nti hilang kanak2 riang seperti kami

letih lar online tiap-tiap hari+pagi malam siang ..aku nak berehat sementara!
masih belum terubat jiwa mata hati aku.huhu.
KASIHAN SAMA AKU.trlalu rindu pada sekolah.GB~~
aku suka tgk ragam kawan2 aku.asalkan nmpk cikgu tu,mula membebel..jahat!
plg utamanya,aku rindu giler kat kantin sekolah.:C.0pss!!
kawan-kawan,
walau dimana jua kita berada..please!jgn lupakan aku.
walau bertapa ramai kawan baru yg korang kenali,jgn abaikan aku.
kenapa aku cukup sensitif ni??
dah terbiasa lamanya aku bljar ngan korang suma,tetiba kna cari yg baru.
lepas skolah rendah aku da merasainya,masa aku masuk teknik pun pilu dah membara!uishh..
siapa aku nak refer kalau aku tak faham subject tu?(harap2 kamcing ngan lecturer!kehkeh)
susahnya hati ku.takut berjumpa kawan yg tak senonoh.
takut senior buli time orientasi??!(ingt boarding school hape ko fara~!)
hopefully trade mark aku 'berpindah randah' time tadika dan sek men tidak akan berulang lagik!
aku pasti akan stay satu tempat sampai abih bljar,then baru cari tempat lain untuk sambung beljar!
wei,cuti kita nti takkan sama!serius..
yg bahagia nye budak2 ipta cuti lama,aku..kehkeh..
sabar ajeh!
tak kesah lama atau tidak..aku tetap kna bersungguh-sungguh.
aku tahu masing2 ada impian.aku pun..
ramai yg aku kenali dapat kt utara yerk~hee.
nti aku blik kg,insyallah aku lawat surang2.huihui.
aku suka teringat waktu aku tingkatan 3..kecohnye klas tu!
hav0c sgt!aku rapat ngan lee yi hao and mr.wang!slalu citer pasal F1.
sob2x;C.
yg utamanya dalam entri ni!>
aku rasa dah terkena sumpahan mmg tak akan pergi jauh ar..walau jauh mana sekalipun aku nk pergi,tetap tidak diizinkan Allah. tp jauh gak la aku ke melaka,aku tak ley stay kat umah aku.
hm..takpe la,aku redha.

wei,tak lama lagi aku berpindah..jgn pulak korang terpekik terlolong kat rumah lama aku!takdo sapo nk jawab hah!insyallah,raya di rumah baru.berdekatan dengan umah cikgu rosilawati je!

Saturday, May 16, 2009

selamat hari guru!!!!!!!!

selamat,selamat!cikgu..saya syg cikgu,walaupun ada cikgu yg garang sgt!hee~,ada yg support!mcm2 agik!kuikui.meh nk imbau siapa guru ku!

cikgu tadika ..???

  • cikgu shila(sampai skrg still contact dia,dah kahwin dah thn lpas!)

cikgu SKKG

~ramai pulak doh..yg mane ingt aje la eyh!

  • darjah 1:PUAN HARLINA BT SULAIMAN
  • darjah 2:PUAN ROSMANI SAAD
  • darjah 3:PUAN SHARIFAH SULAIMAN
  • darjah 4:PUAN PUVENSWARI
  • darjah 5:PUAN SITI NURBAYA
  • darjah 6:PUAN JAHARA IBRAHIM

aku masih ingat cikgu bachok(suke cubit bahu aku!sbb x dpt jawab sn,sakit arr cikgu!tp kwn aku kna lg teruk.hee~)

cikgu zaharah(cikgu maths aku yg giler bagus!i miss ur class)

cikgu zulimi(cikgu PJK.ouh,ada scandal ngan cikgu hafiza time rombongan g cameron dulu!dating,kitaorg nmpk!hehe.dan sebenarnya mereka suda berkahwin.huu)

cikgu rahman(pengetua SKKG skrg,bini dia dulu jual ais krim kt kitaorg)

lain-lain>cg shanti(english),cg jalil(cikgu pujaanku.),cg khoo(bahasa cina),cg katy(bm),ustazah aku lupa arr??aku ingt ustazah lilati jeh..ishh..ustaz azli,dll..

dan lagi satu!!

cikgu tusyen malam ajar BM,nama ape ntah aku luper.daH le lelaki,.uhhh,cikgu tu main kejar2 ngan aku dalam klas sbb dia rampas surat peribadi aku..malu gila.suma gelakkan kitaorg.mcm berlari bak pasangan kekasih di taman bunga la pulak.mak aihh!buat malu aku jeh.insaf aku!

cikgu SMKRJ-*tutt,x ingt!(pasal 6 bulan je).tp yg plg aku benci!cikgu maths india tu.dia yg buatkan aku jadi tk berminat dgn maths..eeeish..satu minggu satu hari je masuk class.

cikgu STPD

  • form 1:PUAN NIK AIDA
  • form 2:PUAN..(nti aku ingatkn balik)
  • form 3:PUAN AZIZAH AWANG
  • form 4:PUAN SHUGUFTAH RUBY...
  • form 5:PUAN ANN KALARANI

LAIN-LAIN,miss mary(pembakar smgt),miss chan(sej),cg rosilawati(bm),ustazah hashimah(agama),ustazah azlindah(tasawur),cikgu fairus(pengawas),mr mathia(GPK hem),cg siti fatimah(add maths),cg maths aku terlupa sikit nmanya!hee~,cg jamaiah(ICT),PN uma(sn),pn teng(sej),cg junaidah(akaun),PUAN SIOW(guru kaunseling,mcm2 aku refer kt dia hingga kini!sampai dia pelik lah yg mana satu aku?ank murid dia surang ni bawak hp ke sekolah ke?haha)dll..

2 HARI DI TEKNIK PD-LANGSUNG TK KENAL SESAPA.huhu

cikgu TUSYEN

  • MR SIVA(bi)
  • MR ALEX(maths&add maths)
  • CG AZMI(bm)
  • MR SHIVA(akaun)

guru sementara-USTAZ ADNAN(kehkeh)

maaf lah,aku ni cepat lupaz!mkn maggi byk sejak dua menjak ni..eee,bodo nye maggi!jadik,kepada suma guruku,x kira sesape pun.guru practical!guru ganti!ape2 je la yg penah ngajar aku!SELAMAT HARI GURU!!i rindu,i sayang,i doakan kalian pjg umur murah rezeki!tunggu la aku bila berjaya nti!!!!insyallah.

SALAM..

Friday, May 15, 2009

kau ni!kejap ada,kejap takda.....cam biskut??????


huhu..sebenarnya aku dari dulu lagik bingung dengan perumpamaan ni yg diberikan pada org yg kadangkala ada dan ilang.macam mane boleh discandalkan dengan biskut eyh?biskut kalau dah dimakan,abis la masuk dalam perut dan kemudian menjadi *tett.biskut tu tak akn boleh kembali balik.?jadi,siapa boleh explainkan mengapa biskut itu dijadikan role model?kalau disama kan dgn benda hidup takpa gak.kucing ke,hamster ke,ayam hutan keh?kehkeh

Wednesday, May 13, 2009

suratan atau kebetulan??

aku kadang-kadang perasaan berbaur>sedey+epy..
tak lama lagi suma nk pergi berjuang kembali.aku UPU tada dlm list.ada la antara kawan-kawan aku menempah tempat di UM,UIA,UITM,UTM,MATRIKS dll.aku tumpang gembira:D.kalu chinese indian ramai private!hermm.nk tau gak arr sape gi UTP ke?UNITEN ke?MMU ke?:P.tp dalam sepanjang aku aktif berblog,friendster,myspace!!aku tgk,ramai yg dapat sama tempat dgn kawan2 aku.terasa nk kenalkan kt korang,tp hmm.agak usah.pepandai la korang kenal diri antara satu sama lain nanti.itulah dunia..kecil sgt!seronok je aku rase.Alhamdulillah.berapa eyh bilangan budak2 sebaya kita..?mcm nk jumpa semua org je.kehkeh..tp jugak!!kalau korang ingin lebih aktif dgn budak sebaya kita..dekat frenster ada group 1991~.fuh,ramai je sebaya kita yg get along..bukan aku punye group.aku saje jalan2 tgk group tu,menyeronokkan.so harap-harap.kawan aku,anda dan suma berkenalan lah satu sama lain before gi berjuang or nk kenal time orientasi pun oke!br suprise yerkk??!heee~

Monday, May 11, 2009

perak huru hara

entah la..pening kepala..sekejap org ni,sekejap org tu yang pegang.pelik ouh.mcm ape jeh.kesian aku..uiks,naper lak??hehe.tak minat ar nak pergi area perak agik!kucar kacir.byk rusuhan la apa lah.takut aku.sib baik tak belajar kat sana.hee~apapun aku tak berminat langsung dunia politik ni.tp kekadang geram,byk gak aku maki nya.huuu.

just want to remember,
bertarikh 7 june 2009(AHAD)
aku akan pergi!tapi rasenya aku kena pi awal..mak aku nak gi kenduri kawin anak kawan lama dia tarikh tuh.terpaksa la aku kena gi awal..hmm,,x pe lah.akak aku janji nak teman.sian lak aih.terpaksa singkatkan cuti dia demi aku.huhu.aku menyewa rumah.hidup bujang aku nanti!makanan org bujang.life segala hal suma ala2 bujang.padan muka sama aku!huhu.relax bebenar bulan 12 sampailah bulan 5!!!ahaha..menganggur 6 bulan aku kt umah.

kena buat check list arr!pe benda barang yg perlu bawak or x cukup:

  • seluar jeans-nak kena cari 2 helai lg
  • t-shirt-2 helai lagik kot
  • sluar sukan-wajib beli.orientasi mesti guna.
  • baju kurung-alamak!!!!!!!belum buat arr
  • barang2 mandian-ada!
  • alat tulis-banyak hilang!kena beli
  • kalkulator-nanti akak aku sediakan
  • tudung-x cukup gak ni.kena beli somemore
  • beg kuliah-ada!
  • beg isi baju-ada!
  • cermin mata-kena buat baru.ala nak pakai contacts lens arr.
  • laptop-belum agik.kehkeh
  • braces-x buat,x buat
  • kasut-alahai..ni lagi satu.selama ni aku pakai selipar jepun jeh.
  • jam tangan-kena beli!
  • barangan tuk tidur-ada!
  • handphone-da rosak,tp cam malas nk tukar.
  • stokin-ada!
  • eye mask-kena beli ouh.bila eik nk g jj?
  • laen2 nti pikir laen..

and last

  • mental n fizikal-da ready ke belum ntah..uish..(registeration day oke la,orientasi ni.ntah apa diaorg suh buat agaknye..hmm)

agaknye abg aku balik tak 5 jun(jumaat) ni????ye ar..aku tak mungkin balik minggu2.susah ar nk jumpe dia.uish..tp kalu aku balik minggu2 ape salahnya.?x mungkin,akk aku mesti kuaritin aku dalam umah tu nnti.:C

..SELAMAT HARI IBU..
Hari2 adalah hari ibu.x kira,Semalam dan selamanya..!sebenarnya aku tak bagi ape2 hadiah pun dekat seorang ibu yg melahirkan aku.tapi aku berjanji akan belajar sungguh.harap-harap mama sentiasa bahagia melihat kerenah aku,kehkeh.

impian,

* belajar menari
*bermain gitar
*laptop
*mandi kat air terjun
*belajar
*grad
*kerja!
*miliki kereta BMW..kehkeh.
*miliki rumah sendiri
*gi umrah+haji
*kahwin..miahaha

apa lagi perlu eik??

Sunday, May 10, 2009

belajar untuk senyum..........

senyum di khalayak ramai walaupun hati pilu.
susah la..pendapat aku,senyum itu byk keistimewaannya.senyum pertama diberikan pada org akan membuatkan kita lebih mesra dengan mereka.
senyum sinis..jgn terpedaya!
senyum begini kadang-kadag kita dapat petunjuk kalau2 org tu ade niat jahat
senyum ape lagi>>?
senyum kambing mcm ane pula?uhuu..tu jenis org yg tak tahu buat ape2 la tu.sekadar senyum untuk meminta bantuan dari org sebab dia x dapat lakukan.

teringat pulak aku kt lagu cek mek molek!!!!!ahaaha....

dugaan dtg lg..ntah ape nasib aku

makcik ni tak henti-henti dengan sikap yang sungguh menjelikkan.kalau dulu hal kereta,rumah..kini tempat belajar anak dia pun dah sama kot ngan aku.!apalah kejam sgt org tua niy.aku bukannya kesah dia nk masuk situ.lantak dia ar.bukannya bapak aku support anak dia.dia,bapak dia arr tanggung.tp masalahnya sekarang,aku jadi tension.dah lama perkara ni berlaku!bermula dari kereta.ayah aku beli kereta ni,dia pun kemudian beli kereta tuh!skrg ni kereta kitaorg sama ajelah.susah aku nk bg sign tuk org dtg umah.nk kata tgk ada kereta gini,org tuju ke rumah dia pulak.mengong!
kemudian,ayh aku ada rezeki lebih..dapat la beli rumah pencen.tahu-tahu 2 minggu lpas tuh.dia dah tandatangan buat rumah.mak aih..bukan banglo tuh,mAnsion jadinya!pandai lak mengata pulak tu.kononnya taknak la beli rumah dekat area aku sbb dapur kecik!eyh,suka hati arrr.ape yg dia susah sgt!dengar-dengar rumah baru dia tu dapur besar gedabak.hah,lantak ar!aku peduli apa.duit dia..org senang la katakan..
semalam,ura-ura dpt tahu,anak dia nak masuk sama tempat ngan aku!huh,fed up.asik dia je yg sama ngan aku.nk termuntah rasanya.bluweks!kalau dah senang try ar lim kok weng!taylor college!!popular ape~!apesal nk sama ngan aku.disaster gila.
makcik ni tak boleh orang lebih sikit.dia mesti nk sama atau lebih dari kita.tension kok!*aku lalu lalang umah dia ,dia dok bergosip ngan jiran sebelah..dok sebok pikir mane aku pergi la apa lah..kampung minded betul arr..(*actually depan rumah dia aje aku bole lalu sbb dah sederet umah..trus ke jln raye!takkan aku nk pusing2 satu tmn untuk elak dr dia..lebih arr tu!mcm tu kawasan dia)
pastuh,dok sebok anak-anak dia ..yg first g overseas.punya la panjang lebar becerita.mcm ank dia surang g sana.huhu.sebuk giler pas balik dr sana nk buat knduri kawin anak dia kat umah baru dia la apelah.huh...dok cerita gak anak-anak dia tak payah tusyen,tusyen nih!da sgt pandai tuk mengharungi ilmu.amboi sombongnye ayat.
aku minta maaf dari ayat segalanya di atas ni.ini bukan nk mengaibkan org..tp mmg kenyataan org mcm ini tidak akan berpuas hati sampai bila2 dengan family aku.ntah apa la yg dia cemburu sgt sampai suma nya nk tiru.tak faham la..dugaan,dugaan

Friday, May 8, 2009

alahai...asyik bertangguh je nk jumpe doktor ni.uish..risau lak aih.
tp nasib baik akak tu baik bg chance aku buat medical check up sampai registration day nanti..
aku dah cuak dah..hm,agaknye aku ni cepat tak bermesra dgn mereka2 nanti?sekepala ke?lecturer dia baik ka?adodoi..kena kuatkan semangat.tima kasih kat akak aku.katanya nk temankan aku masa tu.huhu.daftar 7 jun 2009.ice breaking 8 jun -11 jun 2009.mak aih aku ni mcm tak pernah join je aktiviti-aktiviti macam ni.kehkeh.okey,mmg aku rasa excited tp gubra tu pun ada.penerimaan aku terhadap pembelajaran di sana tuh!!!tu yg otak kalut sikit!aku dah terima hakikat,aku lambat untuk berada di tempat impian aku.hee~
jadik nanti,aku tak dok asrama..asrama mana bebas.erk??!maksud aku bukan bersosial api kebebasan untuk memasak!ahaha.ak dok umah sewa nanti.harganya nasib baik boleh la tahannya.harap-harap aku tabah selama 2 tahun ni berjauhan dengan parent.alhamdulillah gaks sebabnya,mmg kalau boleh aku nak tiap-tiap minggu dapat balik rumah.Allah makbulkan.
aku akan berpindah rumah baru nanti.ala area dalam satu daerah gak!kt springhill.
oleh kerana itu,apabila aku pulang tiap-tiap minggu tuh..aku ley la plan macam-macam untuk bilik aku dan sebagainya.
good luck for all around me,bloggers,fwens!*atiqah,fatin,tasha,qim,nat,ruhaya,kila......(ex-classmate aku la senang citer!)
untuk kawan2 yg ambil form 6,sebenarnya bagus sangat pilihan korang.tiada sape pun yang pandang rendah dgn form 6.kalu ada,itu org yg kurang berpengetahuan.padahal sma je mcm matriks tuh.da abih STPM trus ambil deg.kan bertuah namanya!

Thursday, May 7, 2009

wuwoit
..happy belated bufday to all my dear fwens..

Wednesday, May 6, 2009

mengerti lah..aku akan berada disana bukan kerana tempat itu glamour.
mengerti lah..aku ke tempat itu untuk mencapai impian aku.
mengerti lah..aku sungguh dambakan kejayaan.
mengerti lah..janjiku pada Allah untuk belajar bersungguh-sungguh .
mengerti lah..aku disana bukan atas desakan,aku relakan diri aku.
mengerti lah..saat aku disana aku akan cuba dan terus mencuba.
mengerti lah..aku tidak akan melukai hati ibu bapa aku.
mengerti lah..aku sudah mempunyai azam aku.
mengerti lah..aku bukan seorang yang blur,dan takut-takut lagik!
mengerti lah..cita-cita aku hanya Allah saja yg memahami
mengerti lah..Allah yang menghantar aku ke sana untuk berjihad.
mengerti lah..aku lakukan ini suma kerana aku ikhlas.
mengerti lah..aku belajar kerana Allah.
mengerti lah..kenapa aku akan bermulanya awal dan mengakhirinya lambat.

wallahualam..hanya Allah saja yang tahu di mana aku.
yang penting sekrang ini,belajar!tak kira apa jua halangan sekali pun.
aku akan berusaha sampai bila-bila.
tak kira di mana aku berada nanti.
kata manis di mulut,di hati memendam seribu bahasa
jika aku menipu..
aku takut aku akan gagal.
jika aku senyum..
aku takut ia memberi kesan yang sekejap
jika aku menangis..
aku takut dianggap mengada-ngada
jika aku membisu..
aku takut dimarahi semua.
jika aku berlari..
aku takut aku akan jatuh ke tanah.
jika aku ketawa..
aku takut ia akan menganggu ketenteraman umum.
jika aku merenung..
aku takut orang akan pengsan melihat aku.
jika aku berangan..
aku takut impian aku itu ibarat pak pandir.
jika aku bersungguh-sungguh..
aku takut minda aku terdesak
jika aku mencuba..
aku takut aku menyusahkan dan gagal.
jika aku yakin..
aku takut aku akan menjadi seorang yg over confident sehinggakan org menyampah.
jika aku berjaya..
aku takut aku akan menggunakannya ke jalan yang salah
jika aku mati..
aku takut amalan-amalan aku yang asih belum cukup untuk berada di samping Allah.
dunia pagi dunia seharum indah bak kasturi.hehe
akhirnya hampir 80 peratus aku boleh menerima sebarang keputusan.
barulah aku sedar ramai yang senasib dengan diri aku,ku ingatkan aku seorang yang gagal.
tapi sebenarnya aku tahu aku tak..permohonan aku je tak berjaya,result aku rasakan terbaik untuk diri ni yg cuba sedaya upaya.tp sepuas mana pun hati aku,masih belum cukup untuk diterima seseuatu pihak.
jadi,perkara seterusnya.aku kena berfikir arah tuju selain dari ini.hee~
insyallah,harap-harap Allah permudahkan untuk perjalanan hidup aku ini.amin..