Wednesday, June 23, 2010

thank you bread!!!

tersenyum sendirian..tak lama dah tu ..tak lama dah tu.mihahaah

dapat ckp,dapat senyum,dapat naik lif.huahua.

stapler je tak dapat pinjam sbb aku tada.

anyway,thanks sebab ada reaction !

ape benda aku merepek!

Tuesday, June 22, 2010

entry ke 200

aku dah lapar sangat!bila dah lAPar perut,akal segalanya suh aku pi cari makanan!giler ar!mmg la kalau bole nak makan byk2 giler,tp skrg takde duit akibat aku menjadi kedekut!ahaah..aku da selalu kuarkan duit atau org panggil BOROS!berbelanja sampai tak hinggat dunia!haa amiks!da dua ari tak makan nasi!sedih siut.td pegi kedai..da tutup!esok aku serang kedai tu awal2!hrmm..esok mungkin bahirah dtg kot!.haa..ajak dia pi makan nasi arab!cewah..tak dapat ngorat pak arab,dapat makan nasi arab pun jadi lah.miahaaha.sekrang ni aku tgh pikir nak makan pa!!lapo,lapo..dan ngantuk..roti ade ar.tp nak cicah apa ni!sambai takdak.cheq toi2 lapaq!
(entry ni bukan pasai cheq saja2 ikat perut eh!uh,mgkin kena ikat perut sbb duit makin kekeringan!uh tak sanggup,tak sanggup sbb aku tiap2 minggu blik PD!nak balik ni kenalah ada duit tambang!haa,,hambik!ikat perut hang cik farah,..ingat cam posa farah ingat cam posa!malam ni je.esok kau boleh melantak!)bahirah..please come to bear hills pliss!)

Monday, June 21, 2010

cinta dan sayang pada blog!~

segalanya atau aku boleh katakan segala ceritera hidup aku dalam blog ini dikumpulkan.aku terlalu syg.this is no private blog.jadi,sesiapa pun boleh join sekali walaupun sesiapa yang baca pasti mengomen penulisan aku sungguh teruk bhasa baku + bahasa paso!yehh..i should care about using our language ..next2 time aku cuba ubah ye..demikian hidup aku ini sangatlah aku sayang.walaupun mcm2 hal berlaku.tp sampai sekarang masih hidup(maksudnya aku masih dapat bernafas di waktu  dan ketika ni,alhamdulillah).bermakna aku masih boleh berkongsi cerita2 basi,cerita2 bosan pada kalian.dunia penulisan adalah segalanya.tak boleh disangkalkan lagi.tgk!!aku dalam keadaan berkain batik,serta tshirt lusuh masih tak jemu2 nak merapu dalam blog ni!ohh wei,blog ni aku syg sgt!whoever read this..please jgn buat hal dalam blog aku yg kini berusia hampir 3 tahun.sempena World cup!aku sokong  yg mana pasukan dia dapat tunjuk skills baik punya!tp itali tetap itali k!so waka waka with shakira yop!(haaks,giler tuan blog ni!)

Sunday, June 20, 2010

jalan-jalan cari makan!~

haha..buat pengetahuan,aku dan famili suka jalan2 cari makan!~lala.
apa yg best,suasana yg hampir sama setiap restoran yg bakal aku perkenalkan nti.gempak2 ok.
bermula dengan RESTORAN INTAI2..

 terletak di:~
Backyard, Lot 378, Jalan Ampang-Ulu Klang (MRR2)
68000 Ampang, Selangor. 
TEL: 017-210 2343, 012-288 2424


next,RESTORAN SUBAK
terletak di:~
Jalan Penchala Indah, Bukit Lanjan, Kuala Lumpur
Lot 3213 Jalan Penchala Indah
Bukit Lanjan
60000 Kuala Lumpur
tel:03-7729 3030/31


then,

ok restoran ni rupanya sama dengan bora asmara di sg penchala..haa,yg kat sg penchala tu address dia berhampiran dengan subak!
BORA ASMARA
Lot 2933
Kg Sg Penchala
Kuala Lumpur
For reservations, please contact (03) 7726 0964  


@


Kompleks Sukan Ampang,
G1, Persiaran Memanda 1,
Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang
68000 Selangor
 tel:03-4251 6303


AUNTY ANNI'S RESTAURANT
Batu 16,Jalan Sepang,
Kampung Chelet,
71800,Nilai,
Negeri Sembilan.
TEl: 06-7881276


yg lain2 ada juga..trutama kat area bangi!berlambak giler!i start fall in love with bangi!gempak seyh.besar2 nak dok sana laa!mmiahaaha.semua ada.lengkap!

just want to promote ..

zaman online shopping mmg mcm goreng pisang!~
ternyata mmg laku habis..aku pun teringin nak buat juga tp mcm tak layak je buat business online!
aku mula ADDICT ngan semua2 ni sejak 2 3 bulan yg lalu.mcm2 dah aku beli melalui online!seingt aku..barang pertama yang aku beli melalui ni adalah tshirt,well..kat luAR  tshirt muslimah tak lawa lerrr.berbunga tak kena ngan warna baju.sgt tak suka!jadi aku pun berlayar ke setiap pelosok website.agak banyak org jual tshirt cantik2 tp aku lebih tertarik dgn azzahra (click it!).walaupun agak mhal tp kualiti baju dan corak baju tu boleh buat org cair.jika kalian berkesempatan,kunjungi blog tu ok.:))

aku agak2 byk juga duit aku habiskan untuk online sopping!bahaya nye.,sbb kita x nampak duit tu keluar walaupun kadar harga dalam rm 20 ringgit..kalu setiap bulan beli..haaa!amik kau~nasihat aku pada kalian.beli bila betul2 memerlukan.bila dah terdesak..da tada benda lain selain hanya bnda yg korang tgk dalam website tu je bole membantu!!!silakan...lain2 reason tak bole pakai nye..selamat beronline shopping ye kalian.hehe

Saturday, June 19, 2010

love..who,where?i need it.

love is a gift that most beautiful .first sight of love was to show how we started like the person.but how should we begin to get acquainted with him? when we have the feeling very ashamed for tell the truth.ohh, for my entire life.i never fall in love like this hell.what should i do next? how? how will the person that I admire most  know that i like him when I just choose to remain silent? most likely, I just love the hand clap.: (.
i pray and pray to Allah..i will found my soul mate with the one who could guide me.even not handsome,it will be okay for me as long he sincere to me.its enough ..right?:,)

ada batas nye ye!!

kehidupan manusia ni penuh dengan dugaan dari syaitan.sama ada kita dapat mengelak atau terus jatuh kerana tertarik dengan godaannye.
ada sebuah kisah tentang 2 keluarga ini dimana kehidupan mereka dari dulu sama sahaja!apa yg keluarga A miliki,pasti keluarga B mahukan nya juga.sekadar renungan,perkara ini kadangkala membuat kan keluarga A berasa hairan tatkala mereka telah memiliki sesuatu barang,dan hanya beberapa hari kemudian terdengar pula keluarga B ingin memiliki benda yang sama.
sebelum ni.keluarga A telah membeli rumah.mungkin kerana ayah A ni suka bercerita di pejabat.maka dilihat sebagai riak!tp sebenarnya,ayah A ni tiada langsung perasaan sebegitu.dia hanya rasa seronok setelah usaha dia selama ni berbaloi.jadi,tak kesah la kan.dia berhak.!yg kurang enak..keluarga B pun dan-dan(loghat kedah) pi beli sebuah rumah..uh bukan sebuah rumah yg biasa..mereka telah membeli sebidang tanah dan membuat plan sendiri membina sebuah rumah yg tersergam indah!alhamdulillah..tak mengapa lah.rezeki mereka juga .tp yg herannya,kereta pun beli yg sama dulu.dan sekarang keluarga A memiliki sebuah kereta baru..juga bagi keluarga B!!anda dapat menilai sendiri tak?
seolah-olah mereka ingin berlumba..tak boleh lebih dari keluarga B ni..yg pasti.keluarga B akan membeli sejurus keluarga A membeli!kenapaa harus berlumba sebegitu?kenapa keluarga A yg mereka nak ikut dan lumba sgt2!kenapa tak ikut keluarga c,d,e,f,g dan sebagainya!apa la nasib keluarga A kalau perkara ni asyik berlaku.dari tiada apa perasaan marah,geram..tetiba bila cara mereka itu terus dilakukan..pasti nya keluarga A akan berasa kurang enak dan mula berfikiran negatif!sampai larat mana keluarga A nak tahan agaknya ntah?jika berterusan sepanjang hidup.sangat membosankan.seharusnya keluarga B perlu berfikir kenapa mereka mesti ingin berlumba dan berlumba.
dan keluarga A pastinya kena bersabar banyak.ingat saja lah harta benda ni semua tak boleh bawa ke akhirat.semua akan hancur!semua akan musnah sama sekali.jgn la nak dibanggakan kemewahan harta jika kemewahan iman tiada dalam hati.wallahualam

Friday, June 11, 2010

im gonna watch teater soon

walaupun lambat lg..!~dalam hujung bulan september hingga awal oktober.
tp tetap aku nantikan!.dari tahun lepas aku dengar ura2 akan adakan teater tun mahathir.so,this is the right time.aku kagum dengan semangat beliau.tak salahkan aku nak tahu mengenai kisah beliau.laal~aku da minta tolong mak sedara aku belikan tiket tu.beli rm50 nye pun ok.sbb tempat duduk dia dekt skit dgn pelakon teater.boleh tgkp gmbar!nanan.
antara pelakon utama erra fazira,aaron aziz,azizan nin,esma daniel,datuk jalaluddin hassan,erma fatima dan umie aida.hehe~

yg terbaik..teater ni waktu aku da abih exam..so dapat release tension arr lepas tuh!wakaaka~!.insyallah ade rezeki dapat la aku berada di sana~..

Thursday, June 10, 2010

mendengar di IKIM.FM. sukarelawan flotia keamanan berkata,"jgn bilA mendengar rakyat malaysia diserang tentera zionis.,maka kita baru nk berjuAng"."jgn sampai kejadian ini sahaja kita semarakkan Api dalam jiwa"sedangkan yg setulusnya berjuang dan masih terus berjuang adalah rakyat palestin.our sisters,our brother our family.subhanallah.setiap detik dan saat..memikirkan mereka tidak dapat makan,hanya menggunakan batu untuk melawan.!~ dan bantuan perubatan(yg sengaja israel lengahkan dan punggahkan!!!).setiap doa adalah penentu kejayaan.teruskan jgn berhenti.
beli buku palestin tidak gentar..!!menceritakan asal usul semua bermulanya dan hingga akhirnya sebegini.berdosa sebenarnya kita jika tiada niat untuk membantu dan berjuang ke jln Allah.diceritakan lagi oleh para sukarelawan,"tentera zionis takut untuk melihat mata mereka","mereka sebenarnya seorang yg pengecut"!!.melalui pengalaman mereka untuk pertama kalinya dipenjarakan..di israel pulak tu.mereka terus berdoa dan berzikir serta membaca Al-Quran.kedutaan dari negara yg meyertai kapal misi bantuan dah hadir untuk menjamin rakyat mereka.rakyat malaysia lambat skit sbb tiada kedutaan di sana..tp mereka trus sabar dan sabar.alhamdulillah.
aku berbangga dengan pemikiran tun dr mahathir..misi ini berjaya membuka mata seluruh dunia tentang kebiadapan israel.semoga perjuangan diteruskan.bukan hanya menunjuk kpd dunia tapi kita mmg mahu membantu rakyat palestin!!Allahuakhbar..semoga berterusan perjuangan kita.insyallah,tidak akan berhenti!!

Friday, June 4, 2010

alhamdulillah..kau Maha Mendengar

aku terasa senang hati sgt!alhamdulillah.tade ape lg dapt diungkap!sem 3 result sgt mengharukan aku!amin..thank you Allah:,)

Tuesday, June 1, 2010


Dunia patut kutuk Israel bunuh aktivis bantuan kemanusiaan

TIDAK ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

Setakat 9 malam tadi, 19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan terbunuh apabila tentera dan komando Israel menyerbu kapal-kapal mereka yang sedang belayar menuju ke Gaza.

Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.

Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasidijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.

Sementara itu, beberapa konvoi kapal yang diketuai oleh kumpulan aktivis pro-Palestin dari Malaysia, Indonesia dan beberapa negara telah sampai lebih awal dan kumpulan aktivis pertama ini terutama dari Malaysia dan Indonesia diberi penghormatan untuk menjaga keselamatan konvoi bantuan yang bakal tiba.

Kumpulan pertama inilah yang berhadapan dengan tindakan komando dan tentera Israel yang cuba menghalang ketibaan flotila keamanan ini ke Gaza.

Mereka sanggup bergadai nyawa belayar beribu-ribu kilometer meredah laut lepas semata-mata untuk membantu penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dan terpenjara di bumi sendiri bertikutan tindakan Israel mengenakan sekatan pergerakan ke atas penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan.

Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.

Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan.

Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Dakwaan Israel, komandonya bertindak membunuh aktivis tersebut kerana aktivis berkenaan menyerang mereka adalah tidak berasas sekiranya komando Israel tidak bertindak menaiki dan menyerang kapal-kapal mereka.

Seluruh dunia patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel ini kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata.

Masyarakat dunia mendoakan keselamatan aktivis yang lain serta kejayaan misi ini. Semoga roh aktivis yang terkorban dirahmati Allah.


sumber:utusan online//

sedihlah aku tgk tv tadi,sungguh aku terasa pilu melihat keadaan yg mengerikan tuh.hanya nak beri bantuan sahaja,tp lain pula jadinya.apalah masalah org yg membunuh ni??langsung tak fikirkan nasib org lain.rejim zionis ni nak biarkan rakyat palestin mati kelaparan,kesakitan!!!hingga tiada surang pun rakyat palestin yg dibiarkan hidup.mudah2an Allah melindungi saudara2 di palestin.jgn putus harapan,slagi mampu untuk berdoa ..kekalkan dan teruskan.insyallah,janji Allah benar!~:,)

situasi-situasi cemas apabila rejim zionis dtg menyerang aktivis pro-palestin