Sunday, August 29, 2010

tahun ni ..kampung dua2 belah nak buat family day time raya.cam seronok je rasenye.tp kamera masih blum beli.ingat esok nk ajak papa usha kamera kat lowyAt.huhu.bajet terbaru,dalam rm 600 je.hehe

Tuesday, August 24, 2010

nak pakai shawl..ok dok?

heee.teringin tgk org pakai.tp muka mereka sesuai..muka aku?hehe

Monday, August 23, 2010

lumix?canon?

antara 2 ni,yg mana pling best?
aku sangat memerlukan kamera sekarang,!terlalu byk memori hendak disimpan,.bila ntah nak beli??canon skrg tgh promotions!aku rela cuci pinggan kt mana2 rumah yg nak ambil aku!sanggup!nak kumpul duit,mcm dah x sempat.so pekara pertama ,mintak sponsor dari ayahanda.amacam?aku selalu usha lumix tapi byk pihak kata canon lagi baguih..
i ask de person to tell me about canon.whats the different between ixus and powershot? which one better?
he said,"both is good. it depends on your needs. if you are into style and fashion, ixus will be more suitable for you. if you are a power users, where functions are more important than style, then powershot is for you."

Tuesday, August 17, 2010

oh alamak

why me?
actually for first time feelin aku suka!ahaha.then,satu persatu discussion..tergamam aku kejap!tahu apa aku pikirkan?bukan pasal job tu,tp pasal "alahai,kena berkorban la cuti aku!".yeee!!!aku da giler.
aku dgn hati terbuka pegi bg nama dekat bdk2 event tu untuk join committee!alaalalaa.then,asisst director bg aku bahagian sponsorship!what?#@(@((@@*!_$)~!!!!!haaha.giler!konpem sakit kepAla.weih,ingat!subject sem ni susah!jgn main2 sgt.jgn aktif sgt!aduhai..
yg aku kt berkorban cuti ni,, sebab ari khamis aku blik pd..then sabtu kena blik melaka blik sbb ada meeting kt campus!abg nik nak 5 senarai company yg dirasakan ingin sponsor dalam bentuk duit atau benda!jenuh aku nk kena pikir.sapa bole bantu aku?pleasee...hari aku akan giler sehingga kami dapat capai target rm 6k hingga lebih drp itu!!how?subhanallah,help me please!please..i need you!:(
 aku da  pikirkan siapa yg aku nak tgkap muat*ceceh cam kat astro jeh.
-aku akan cuba jumpa cikyah,if dia ada kawan yg boleh hulur sedikit.
-papa!!i need sponsor from shell!ini serius!!*iklan wonderpets jap.
-anyie sarah!!!if papa x dapt,can i ask you anyie.petronas kan best!heeh.bodek!
-nak cari orang yg boleh sponsor barang2 mcm doorgift?chocolate ke?anythingg?
senarai 5 tempat yg dirasakan bole sponsor tu due date dia 22/8 ni!(ahad)

Sunday, August 15, 2010

sopping..sopping dan sopp..

baru masuk puasa kelima,tengoklah perangai aku ni!
dah beli dah baju raya!untuk dipakai raya ketiga nti.ntah bagaimana rupa,sebab ini kali pertama..hahaa.
sungguh kalau hebouh kt kroni2 kedah,abih satu dunia taw!naya ja!!

so hasrat aku untuk memiliki nya udeh tercapai!ayohh,,pikir yg lain pulak!kameraa!!i need kamera than handphone yg giler canggih tuh!for your info,i pakai yg hundred rm nye hp.apa2 ajelah kan.org kata old skul nye..just need camera!tgk la,dalam masa sebulan ni akan aku genggam kameraa.bukan dslr la cheq oihh.kamera biasak aja!janji dapat capture memory.huhu.
so,sekarang dah 0132 am.baik trus sahur kan..tp mmg kebiasaan aku lg 20 minit nk abih sahur baru mengeliat.hehe.
esok apa plan?tada papa kowt.td da sopping sakan.lala~
tAtaw samada blik arini atau esok??hrmm.malasnye nak blik melaka

macam kamera,broadband,spec tu kire bukan brg raya.haha.ade satu lg item untuk saling lengkap melengkapi dgn baju raya aku beli td.ishhhh..

Friday, August 13, 2010

ceh..gempakz bila pikir ..

nak start memasak untuk berbuka,aku call mama japs!tnye itu ini.ahaha.abih kredit aku.
baru masuk hari ketiga ramadhan,hari ni aku tak dapat la nak jamu housemate makan!sorry.back to hometown bebeh!i lioke~
for those who want to join epilog mencari cinta di cameron highland.just tell me okait!tp tahun lepas dah pegi so mcm malas nak pegi lagi.huahua.i miss all my entries before.tak sangka aku menulis begitu byk??dulu cita2 aku nk jadi penulis.tp penulisan pun mcm apa.jadi tulis2 cincai disini pun ok derr.
tersebut pasal derr!~aku teringat kt lecturer cadp yg plg disayangi mr thevendran.ahaksahaks.dia sangat kelakar.buat kelakar sepanjang masa.korang bayangkan aku attend klas satu lg seblum dia nye klas.menguap??subhanallah!teruk~!seluas2nya aku menguap.mata kuyu lesu je tmbh2 bulan posa ni..ishhh.
tp bila masuk klas mr thev.pergh.mata bukak luas2!ahaaha.mana pi kuyup tu,mana pi nganga(bukak mulut).
terbaik wokk!~(curi trade line sat)
rayer is coming soon,i got exam after rayerz.gila bhai bhai!
tp guys,dont mention it to me!lets just ignore.mood:sewel+x sedar diri.miahaah.
dah week 9 ni.next week ,mgu ke 10!oh my..ape la.
ok,,shuh exam kejap,we continue about our rayerz soon!puasa?opcos la aku tak lupa!malah aku gembira tau menyambutnya.betul tak tipu!!!bg Aku ramadhan is the best untuk kita jaga hati,jaga mulut dan jaga segalanya.ngehngeh..pernah dengar nasyid dari indonesia tak?jagalah hati,jgn kau nodai..jga lah hati mentera hidup ini!(chorus part).hee.
ok,again!back to rayerzz.
papaku bilang mahu pulang rayerz!balik kulim wok!!terbaik!pagi2!pakat pekena nasi kandaq haja!aku pun tak faham..papa cakap sedap daripada line clear!tp aku pikir sebaliknya!ahaha..mungkin dari arwah tok khir kowt mengajar anak2 mencintai kedai haja tu.wuhuu.la ni kedai dia cantik skit.dulu perghh!makan sebelah....(dirahsiakan).haa!teruk...malas nak citer.tp makan sedap jeh!ahaha.rayer pertama ok la ketupat +kuah kacang!rayer kdua siap arr..tiada tu suma daH.
HAISH..awat asal nk story rayerz aku pi habaq hangpa lain ntah!!
opcos aku sayang kg aku giler2!lenggong,perak pun tidak terkecuali,disana aku bole main mercun berdentum2!pagi2 boleh ambil angin kesegaran.rumah tokyang dkt bukit!!perghh.
aku stop nonsence!!!!!!!!!!!
back to ..grrrr..
balik kg insyallah rayer kdua.so rayer pertama ada d rumah.thn ni ntah la.ingt tamau ada kuih dah.tp mana boleh rayer takde kuih!wuuuhuu..ye la,ingt nk buat kelainan since da pandai buaT choclate bar!heee~
we will see lah eh.
raya ketiga family day keluarga hj abdullah bin nasir.if you guys masuk facebuk!search haji abdullah bin hj nasir.bilangan ahli keluarga masih skit.memandangkan kaum kerabat peringkat pertengahan dan atas tak pandai nk online.hehe.anak cucu jd pengganti.haahaa!
so everyone already talk about it.wei you!!tis 3rd rayerz you are wearing what eh dear?kepociyh toi minah ni.,ahaha..tau sapa dak?Aku lerr.waduh2!
aku beria2 tnye org..diorang jawab la..sampai time diorang tnye aku blik pakai per..hrmmm,tak terpikir lg!adeh.mana nak cari bju!pakai jubah la rayerzz ni!takde la ikut shape badan!terbaik ke tidak?kalu dak,takpa lah.aku buat ajelah kurung ke kabarong ke?nk glamerzz just put bling2 labuci kan!!so?ahAhah..tgk2 aku sorang je minah glamez yg terover.hampas.
pakaian selagi dapat bersederhana,kita bersederhana ajalah eh!glamez2 letak tepi.takat nk dok pi tayang kat orang,better kita tayang kat Allah.,eh??aku mAksudkan kita tayang kat Allah yg kita dah bersederhana selagi boleh.kita ingat Allah sentiasa.itu pasti yg pling baik!kan??subhanallah..kita nak rebut tempat di sisiNya ni!actually tmpat tu tak limit!amalan kita ajelah dilihat Allah.kita sendiri yg buat tempat tu jd limit(agaknye korang faham dak message yg aku nk sampaikan).insyallah,harap2!
tu la rayerz ketiga ni..rasa cam malas pum ada!tp dah lama x berkumpul ramai2!x sabar pulak.hee
ok,sampai sini dulu..mama dan papa insyallah sampai sebentar saja lg.tak kemas lg bju,nak berbuka bersama family malam ni.yg terbaik berbuka bersama family.kalu dulu cam tak hargai sgt!sbb tiap2 hari berbuka,tp skrg susah nk jumpe 30 hari puasa.jadi ambil lah peluang! semoga dirahmati dan dilindungi.amin

Wednesday, August 11, 2010

morning ramadhan!

ramadhan pertama..
-aku mengelamun jauh mengenangkan markah MIS aku yg begitu teruk sekali!malunya nak cerita kat sini.rasa macam tak layak je.tapi mmg itu la yg sepatutnya aku terima sebab kenyataannya,aku malas belajar+aku makan meggi byk sgt.dalam minggu tu abih sepeket tu !menyesal aku.walaupun exam mid term,tp itu kalau tak berubah skrg mencerminkan kegagalan nti!aish...apa yg aku harus buat?ade satu lg mid term esok!doakan aku buat yg paling baik!aku da mula cuak takut kalau2 cgpa aku tak naik nanti kerana subject MIS tu..very teruk subjek sem ni.aku byk buat hal .aku tahu ini semua dtg dari aku.sifat malas aku.,dan segalanya bermula dari  aku.

-hari ini juga aku plan byk bnda,nak study tuk exam esok(hahh,korang tgk?!aku br nk study derrr!!!)
petang karang nak tunjuk bakat skit memasak.dah sememangnya aku suka masak dari dulu.asalkan bulan puasa mesti buat macam2.hehe.tp kali ni.,aku harAp sangat menjadi!aku nak masak
  • kari daging resipi mak
  • sambal cei resipi mak
  • sambal telur goreng
  • ulam-ulaman
  • sambal belacan
  • hermm,dadih kot?
esok:
mungkin buat bubur?

mgu depan(hari selasa):
  • nasi lemak?hehe
  • ikan bilis
  • sambal
  • telur rebus
mgu depan(hari rabu):
  • ikan 3 rasa
  • tom yam sotong dan udang
minggu ketiga(hari selasa):
  • nasi tomato
  •  kurma daging
  • ayam masak merah
minggu ketiga(hAri rabu):
  • mihun sup
korang tnye hari2 laen?haha..ntah lah.makan nasi putih lauk telur dan kicap la kot!huhu.mungkin pergi la bazaar ramadhan!takkan selalu masak!letih arr

Monday, August 9, 2010

ya ramadhan

kali ini kau dtg lagi.,trima kasih..kerana baru aku perasan bertapa indahnya bulan ramadhan.bertapa berbeza nya bulan ini dengan bulan2 yg lain.semoga aku dapat menyempurnakan ramadhan kali ini.insyallah,aku akan cuba tidak tinggalkan lg solat sunat tarawih.insyallah..sudakah kalian bersedia?perasaan kalian bagaimana pula?tiada apa2 yg perlu kita risaukan dengan ramadhan.malah dapt mengeratkan silaturrahim lg.semoga mendapat barakah Mu ya Muhaimin!amin.

niat berpuasa pada sesiapa yg ..(ehem2):
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’aalaa
"sahaja aku berpuasa esok hari pada bulan ramadhan tahun ini kerana Allah taala"

Friday, August 6, 2010

aku terasa hina dan malu
aku terasa kerdil dan tak layak
aku terasa bingung dan takut
.AKU INSAN LEMAH.:,(

tiba-tiba aku teringat akan hari kiamat.masyaAllah..berdosa nya aku!aku masih belum cukup amalan,selalu terleka dgn duniawi.selalu bersikap negatif!adakah Allah terima aku masuk ke syurga nya!!pilu sgt2 hati aku skrg.aku takut perasaan ini berlalu begitu sahaja!JGN BIAR aku terleka untuk kali selepas ini..Allahuakbar

Wednesday, August 4, 2010

Monday, August 2, 2010

sebuah cerita benar...renungkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.
Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah..”
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya..”
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!
Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..” Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…”
Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..”
Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: “Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.
Saidina Abu Bakr mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..”
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..” Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..” Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’alam.
sumber:bkn dari aku.hee