mysterious blogger! what you think bABE?MUAHAAHAHA. (this is a place where you guys can read,comment and bla2!no restrictions.)
Wednesday, June 23, 2010
Tuesday, June 22, 2010
entry ke 200
(entry ni bukan pasai cheq saja2 ikat perut eh!uh,mgkin kena ikat perut sbb duit makin kekeringan!uh tak sanggup,tak sanggup sbb aku tiap2 minggu blik PD!nak balik ni kenalah ada duit tambang!haa,,hambik!ikat perut hang cik farah,..ingat cam posa farah ingat cam posa!malam ni je.esok kau boleh melantak!)bahirah..please come to bear hills pliss!)
Monday, June 21, 2010
cinta dan sayang pada blog!~
Sunday, June 20, 2010
jalan-jalan cari makan!~
apa yg best,suasana yg hampir sama setiap restoran yg bakal aku perkenalkan nti.gempak2 ok.
bermula dengan RESTORAN INTAI2..
terletak di:~
68000 Ampang, Selangor.
next,RESTORAN SUBAK
terletak di:~
Bukit Lanjan
60000 Kuala Lumpur
then,
ok restoran ni rupanya sama dengan bora asmara di sg penchala..haa,yg kat sg penchala tu address dia berhampiran dengan subak!
BORA ASMARA
Lot 2933
Kg Sg Penchala
Kuala Lumpur
For reservations, please contact (03) 7726 0964
68000 Selangor
Batu 16,Jalan Sepang,
Kampung Chelet,
71800,Nilai,
Negeri Sembilan.
TEl: 06-7881276
yg lain2 ada juga..trutama kat area bangi!berlambak giler!i start fall in love with bangi!gempak seyh.besar2 nak dok sana laa!mmiahaaha.semua ada.lengkap!
just want to promote ..
ternyata mmg laku habis..aku pun teringin nak buat juga tp mcm tak layak je buat business online!
aku mula ADDICT ngan semua2 ni sejak 2 3 bulan yg lalu.mcm2 dah aku beli melalui online!seingt aku..barang pertama yang aku beli melalui ni adalah tshirt,well..kat luAR tshirt muslimah tak lawa lerrr.berbunga tak kena ngan warna baju.sgt tak suka!jadi aku pun berlayar ke setiap pelosok website.agak banyak org jual tshirt cantik2 tp aku lebih tertarik dgn azzahra (click it!).walaupun agak mhal tp kualiti baju dan corak baju tu boleh buat org cair.jika kalian berkesempatan,kunjungi blog tu ok.:))
aku agak2 byk juga duit aku habiskan untuk online sopping!bahaya nye.,sbb kita x nampak duit tu keluar walaupun kadar harga dalam rm 20 ringgit..kalu setiap bulan beli..haaa!amik kau~nasihat aku pada kalian.beli bila betul2 memerlukan.bila dah terdesak..da tada benda lain selain hanya bnda yg korang tgk dalam website tu je bole membantu!!!silakan...lain2 reason tak bole pakai nye..selamat beronline shopping ye kalian.hehe
Saturday, June 19, 2010
love..who,where?i need it.
i pray and pray to Allah..i will found my soul mate with the one who could guide me.even not handsome,it will be okay for me as long he sincere to me.its enough ..right?:,)
ada batas nye ye!!
Monday, June 14, 2010
Friday, June 11, 2010
im gonna watch teater soon
tp tetap aku nantikan!.dari tahun lepas aku dengar ura2 akan adakan teater tun mahathir.so,this is the right time.aku kagum dengan semangat beliau.tak salahkan aku nak tahu mengenai kisah beliau.laal~aku da minta tolong mak sedara aku belikan tiket tu.beli rm50 nye pun ok.sbb tempat duduk dia dekt skit dgn pelakon teater.boleh tgkp gmbar!nanan.
antara pelakon utama erra fazira,aaron aziz,azizan nin,esma daniel,datuk jalaluddin hassan,erma fatima dan umie aida.hehe~
yg terbaik..teater ni waktu aku da abih exam..so dapat release tension arr lepas tuh!wakaaka~!.insyallah ade rezeki dapat la aku berada di sana~..
Thursday, June 10, 2010
beli buku palestin tidak gentar..!!menceritakan asal usul semua bermulanya dan hingga akhirnya sebegini.berdosa sebenarnya kita jika tiada niat untuk membantu dan berjuang ke jln Allah.diceritakan lagi oleh para sukarelawan,"tentera zionis takut untuk melihat mata mereka","mereka sebenarnya seorang yg pengecut"!!.melalui pengalaman mereka untuk pertama kalinya dipenjarakan..di israel pulak tu.mereka terus berdoa dan berzikir serta membaca Al-Quran.kedutaan dari negara yg meyertai kapal misi bantuan dah hadir untuk menjamin rakyat mereka.rakyat malaysia lambat skit sbb tiada kedutaan di sana..tp mereka trus sabar dan sabar.alhamdulillah.
aku berbangga dengan pemikiran tun dr mahathir..misi ini berjaya membuka mata seluruh dunia tentang kebiadapan israel.semoga perjuangan diteruskan.bukan hanya menunjuk kpd dunia tapi kita mmg mahu membantu rakyat palestin!!Allahuakhbar..semoga berterusan perjuangan kita.insyallah,tidak akan berhenti!!
Friday, June 4, 2010
alhamdulillah..kau Maha Mendengar
Thursday, June 3, 2010
Wednesday, June 2, 2010
if you guys support it,just click link and join this campaign~~:))
http://malaysia.youthsays.com/farahk/kfcsnax
http://malaysia.youthsays.com/farahk/hidup-bola
http://malaysia.youthsays.com/farahk/colormegreen
http://malaysia.youthsays.com/farahk/aidsaware
Tuesday, June 1, 2010
Dunia patut kutuk Israel bunuh aktivis bantuan kemanusiaan
TIDAK ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.
Setakat 9 malam tadi, 19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan terbunuh apabila tentera dan komando Israel menyerbu kapal-kapal mereka yang sedang belayar menuju ke Gaza.
Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.
Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasidijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.
Sementara itu, beberapa konvoi kapal yang diketuai oleh kumpulan aktivis pro-Palestin dari Malaysia, Indonesia dan beberapa negara telah sampai lebih awal dan kumpulan aktivis pertama ini terutama dari Malaysia dan Indonesia diberi penghormatan untuk menjaga keselamatan konvoi bantuan yang bakal tiba.
Kumpulan pertama inilah yang berhadapan dengan tindakan komando dan tentera Israel yang cuba menghalang ketibaan flotila keamanan ini ke Gaza.
Mereka sanggup bergadai nyawa belayar beribu-ribu kilometer meredah laut lepas semata-mata untuk membantu penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dan terpenjara di bumi sendiri bertikutan tindakan Israel mengenakan sekatan pergerakan ke atas penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan.
Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.
Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan.
Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.
Dakwaan Israel, komandonya bertindak membunuh aktivis tersebut kerana aktivis berkenaan menyerang mereka adalah tidak berasas sekiranya komando Israel tidak bertindak menaiki dan menyerang kapal-kapal mereka.
Seluruh dunia patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel ini kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata.
Masyarakat dunia mendoakan keselamatan aktivis yang lain serta kejayaan misi ini. Semoga roh aktivis yang terkorban dirahmati Allah.
sumber:utusan online//
sedihlah aku tgk tv tadi,sungguh aku terasa pilu melihat keadaan yg mengerikan tuh.hanya nak beri bantuan sahaja,tp lain pula jadinya.apalah masalah org yg membunuh ni??langsung tak fikirkan nasib org lain.rejim zionis ni nak biarkan rakyat palestin mati kelaparan,kesakitan!!!hingga tiada surang pun rakyat palestin yg dibiarkan hidup.mudah2an Allah melindungi saudara2 di palestin.jgn putus harapan,slagi mampu untuk berdoa ..kekalkan dan teruskan.insyallah,janji Allah benar!~:,)