Thursday, July 8, 2010

planning of the year..entahlah

saja suka-suka merancang suatu perjalanan yang indah belaka.tapi macam boleh??sebab tak tahu la sama ada mak-mak kawan aku kasik ke?
aku plan nak naik train hingga ke butterworth.harga nye tak lah semahal naik bas!jadi,aku prefer ktm .
just imagine eh..
this is what i want to start first..
aku bersama tasha,atiqah, dan shiqim.kalau dapat kami berempat ni ..memang teringin nak jejak kaki ke penang!kampung halaman aku tuh.lala~
so nak naik train ni sebenarnya kena bermula dari seremban menuju ke kl sentral.haa!dari kl sentral baru boleh tuju ke butterworth.
sampai sana dah tak kisah sangat..ada sedara mara boleh jemput.tapi disebabkangroup travel ni,,tak mungkin lah aku nak menyusahkan sedara aku tuh.jadi??apaa nak buek?haa,kan umah kawan aku kat sana tuh,si fatin tuh.ahaaks.tumpang la tido umah dia?atau share saja tido kat hotel kt feringgi ka?tg bungah ka?gurney ka?dah share tu murah sgt lah harga hotel!atau berkemah?>huhu.
then,kalau dapat si fatin join tiduq hotel pun best juga.ramai2.actually kat penang pun ada homestay ka?chalet ka?mcm senang sgt lah!
target ke sana opcos la waktu si fatin yg satu ni tada class..aku cakap betoi..bukann senang nak plan semua ni.dan aku sendiri dah tak sanggup nak lukakan hati sesiapa lagi.
benda2 ni semua seronok..memerlukan kerjasama semua orang.harap2 tercapai la cita2 aku ni.aku kAlau dah sampai sana.dah tentu aku nak call cousin n kawan aku kat uitm Merbok!sape lagi si lin comei dan dayang sweet!haa.,sgt tak sangka mereka berdua satu tempat.belum berkesempatan cuti lagi!
yg tak best..hujung tahun ni mmu tada cuti.melopong saja lah ye!
kalau jumaat hingga sabtu tak cukup..boleh je tambah cuti bg lengkap seminggu.aku nk kena tgk la cuti sem aku ni.makin lama makin berkurang!tu yang tak best..
mmg pasti nak ajak diorang rasa masakan utara!
aku sendiri dah rindu sangat la pada nasi daging mak aku.eh..mak aku dok PD je!boleh je kot mintak dia masak bila2!
ada laksa utara yg pior!mee rebus!!mee udang!!nasi ikan tok cik!!kuah kacang tok lang!char kuew tiow telur ayam dibasuh ka?telinga keling tok teh!(haa,apa pulak telinga keling ni??)..jengjeng..dan paling feveret seluruh ahli keluarga tok wan khir adalah pasemboq mak jang!perghh..cedap2 ouh..
(*aku asalkan malam menjelma,aku asyik pikir makan saje!kalau boleh suma nak balun!!)
aku mahu tadah tangan aku..semoga rezeki ada untuk kami melancong ke penang!tak habis penang..kita terjah kg belah mak aku kat lenggong ke?taiping ker?sungkai ke?umah pakteh kat ipoh ke?umah tok shiqim kat batu gajah ke?(suka hati je aku cakap kt batu gajah??hee.toi ka?)
banyak plan ni weih.

dua masalah utama sekarang ni!!
  1. cuti semester kami tidak samaa:((
  2. keluarga kami bagi ka?
 hanya Allah sahaja tahu rancangan ni berjaya atau tidak..:,)


aku suka plan ..sebab tu cita2 aku tertumpu pada events planner!insyallah..tapi aku serius  juga pada HR atau BANKING.dun play,play with pegawai bank yang surang ni!events planner tu side income jeh!hunga,hunga.
oke..aku da dengar byk ura2 mengatakan tahun ini..2010!!!pogram homestay atau keluarga angkat mmu,melaka akan dibuat di sabah!yaka?yaka?tp enggak tahu bila masanya.tp tahun ni juga lah!alert farah!alert..aku harus pergi ke sana!sabaah wait for me~~sure u need me lerr!ahaah.situasi yang buat aku giler.aku sanggup turun ke sana!mesti punya belajar cara2 orang belah sana!mak aihh..kalau boleh every year nak join.tp tahun lepas tak dapat join diorang pi desa tercinta di terengganu nye!haishh,,
n u know what?ada exchange prgram wooih!tapi tu lah..aku ni macam aktif jerh!tunggu sajalla annoucement desa tercinta ke sabah!aku pasti pergi.!insyallah

Wednesday, July 7, 2010

sekadar gambar perhiasan..
sekarang ni musim orang sibuk buat kenduri.pernah aku cerita dahulu,aku suka sangat pergi majlis kahwin orang.tak sia2 jemput la.insyallah aku hadir.hehe.
so nanti kedua kakak saudara di kedua2 belah family bakal ke jinjang pelamin.insyallah.
kenduri kak ija akan diadakan di perak seminggu lepas raya haji.aku dah plan nak buat something untuk dia.then kak nurul tgh tahun hadapan.
sebut pasal nikah2 ni.ousemate aku,kAk nad pun da melangsungkan pernikahannya ahad lepas di masjid wilayah.aku tak dapat pergi.malangnya!sbb kaki aku ni lah!tak baik2 da hampir 3 bulan dah.sedih rasenya.rasa give up pun ada.tekanan hidup la aku ni.mana taknya.,aku dah tak boleh aktif mcm dulu lg.nak naik turun tangga pun pedih je rasa.tp nak buat mcm mana??dalam campus ni x sah la x jumpe tangga!huhu.
aku redha!aku tahu Allah tu akan uji pada orang yang dirasakan mampu menempuh kehidupan.
balik pada alam perkahwinan(sekejap kawin sekejap nikah).hoi hoi>bak kata shahir af8.
dua pupu aku pun akan melangsungkannya bulan 10 nti kat penang.insyallah.jodoh itu pelik.kita tak akan dapat terfikir pun siapa jodoh kita.

sebut pasal jodoh.?/
 siapa tidak mahu tahu,siapa tidak mahu kahwin,dan siapa mahu untuk hidup seorang hingga akhir hayat.hidup ni memerlukan teman.tak payah nak specific kan.aku pun tak tau sangat derr.
tapi itu lah..hakikat yang Allah ciptakan..manusia punya perasaan.
kadang-kadang manusia punya perasaan melebihi batas itu yg sekarang ni asyik keluar di kaca televisyen,buang bayi dalam tong sampah la.,bayi dimakan gagak la.subhanallah.bayi2 tu comel sangat!bagi lah pada sesiapa yang tidak memiliki anak.setulusnya mereka nak jaga!mereka mahu mendakap anak2 kecil tu.mereka terlalu inginkan zuriat tetapi tidak mampu.bagilah mereka peluang.jangan biarkan anak kecil yang tak berdosa terus dihukum oleh pasangan sumbang mahram ni!


cinta pada ALLAH adalah satu.

satu means tiada tuhan melainkanNya.
sesungguhnya..cinta Allah memberi seribu makna.pelengkap hidup dan penentuan di manakah kita nanti!
masih ramai terleka dan terpedaya.termasuk aku.aku malu lah.:(

cinta pada RASULULLAH adalah wajib

wajib bagi kita terus mengingati perjuangan beliau.terlalu bAnyak perkara yang boleh dijadikan contoh.Al-quran menyingkap rahsia alam dan melalui hadis Rasulullah juga kita mampu mengerti segala ceritera.

cinta pada kedua orang tua adalah penting

tanpa mereka siapa lah kita..tanpa mereka apalah kita.tanpa mereka memang sangat tidak bermakna dalam jiwa dan hati kitA.
(sayang aku pada kedua orang tua aku adalah ikhlas.tanpa berkat mereka siapalah aku!:( )

tercinta pada kaum adam adalah bahaya sedikit.huhu.

zaman remaja muda-mudi ni kan..tak heran la orang cakap pasal ni!
jiwa dan naluri kata hati merobek seketika sedang aku merasakan sudah cukup cinta aku adalah untuk Allah,rasulullah,dan ibu bapa..belum pernah cukup lagi untuk aku memperbaiki cinta ini dan belum puas lagi sebenarnya aku cuba mendekati Allah.kenapa pula datang nya perasaan cinta terhadap kaum adam.aku dah mula rasa yang sememangnya aku tak layak untuk sesiapa.walaupun aku sudah sedia maklum..hidup ini berpasang-pasangan.tapi aku kurang ambil pusing terhadap perkara itu.kenapa harus tiba2 cinta datang tanpa diundang(haa,cam novelis tak?).betul!kalau dulu aku kuat berangan waktu sekolah.lepas tu hilang seketika.dan kini ia muncul kembali!haa amik kau farah!!
ye,aku mengaku cinta itu pelik+buta +tak mengenal apa2 pun.
cinta itu sakit kan..sedang kita berharap pada seseorang.namun masa tetap berjalan dan sehingga akhir waktu kita membawa haluan masing2,tiada lah penemuan dua insan !tiada lagi.hrmm,teringat pulak!~bak kata org dulu2.,kalau dah jodoh..lama mana sekali pun,jauh mana sekali pun kita pergi.sampai waktunya dia akan muncul!dia akan muncul menjadi teman hidup.huu.~
apa harus aku lakukan kalau sebegini rupa?walhal aku mmg tidak mahu antara aku dan dia langsung tak bercakap!tak berbual!tak bersembang(sama lerr)
sekarang faham atau tak perasaan aku?
aku nak sangat bercakap ngan dia.tapi kadang2 aku tatau sama ada aku kelihatan sombong atau dia tak layan orang mcm aku.aku ni merendah diri sangat laah!
di akhir cerita.
aku berdoa dan betul2 beharap agar diberi kesempatan untuk membuat sesuatu.takkan selama lamanya berharap agar dia yg mulakan dulu.tapi betul lah!aku ni pemalu sangat!tak mungkin lah berjaya.senyap saja sampai akhir sem.sampai  habis belajar!
sabar lah farah(hati aku pujuk sendirian!~)
kalau dia merupakan jodoh kau dan Allah mengizinkan..
di luar sanalah aku bina sedikit harapan untuk bertemu kembali dan waktu itu,kita saling tegur menegur.wallahulam

Tuesday, July 6, 2010



 muvie 3D lagi??oh semestinya..aku sekarang ni dilihat makin menyukai cerita kartun.haha.tak sabar menunggu nyer.8 julai 2010.mari pecah panggung beramai2.tgk trailer dia pun da syok semacam.kelakar.tersangat lah kelakar.!aku decide untk tengok cerita ini berbanding twilight dan predators.

Monday, July 5, 2010

aku paling tidak suka akan sistem komuter..nasib baik aku dok di bumi melaka!tanpa komuter..huhu.muatAn ibarat pengetinan makanan iaitu sardin!!mak aihh..selama2 nya akan aku kenang!
cerita bermula begini,
pada suatu hari,aku jANji la ngan kawan pi sunway piramid.dari Port dickson aku naik bus.sehingga di ktm..baik2 aje sampai ke kl nye!seterusnya kawan aku call..ckap dia dah sampai..jadi kitaorg pun teruskan perjalanan ke subang jaya station(naik ktm arah perlabuhan klang).
turun je dari ktm..jalan skit aku tgk ada bas terpacak kat depan kitaorg!uhh,,bas mini laaa!selangor masih guna bas mini ka?aiyarkk..aku rasa mcam naik roller coaster je bas mini tu.dan yg plg best time balik.bas mini tu belok.agaknye tempat dok bas tu licin.aku terhimpit seorang mamat india!buat malu aku je!ahahaa.
tade apa cerita menarik.cuma aku nak katakan aku bernasib baik la tak jumpa ktm lagi kt melaka ni!kalau nak ke sunway,aku cadangkan korang naik kereta ajela!even pi kl pun..ktm tu meluat sungguh aku.sgt2 x selesa..

harini aku target salah punyak dan sangat2! tak bersemangat!naik bas dari PD jam 12 lebih.selisih ngan bas ke melaka jam 1 setengah punya!hancur hati aku..kenalah tunggu bas kul 2.30.aku kire2 alamatnya,mmg tak sempat la aku nak pegi klass kul 4.klas arini adA KUIZZZ!sakit jiwa aku.besok pepagi..nak pi jumpe miss ckp nak buat kuiz..harap2 dia bagi ar

Thursday, July 1, 2010

rachel corrie..:))

first! HAppY B IRTHDAY abangku!..
today his birthday !~
semoga pjg umur n murah rezeki

rasanye tak lengkap kalau aku tak share ni dgn korang...petikan dicopy dari IU melaka!
~usrah means family~

Pada 30 Mac 2010, sebuah kapal seberat 1800-tan telah dibeli melalui lelongan di Dundalk, Ireland dgn harga 70,000 pound sterling oleh Gerakan Pembebasan Gaza (Free Gaza Movement).


Ianya telah diperbaiki dan diperlengkapkan untuk pelayaran ke Gaza.

Kapal itu dinamakan Rachel Corrie.

Siapakah Rachel Corrie?


Rachel Aliene Corrie (April 1979 - March 16, 2003) adalah seorang warga Amerika dan ahli International Solidarity Movement (ISM). 
Dia telah dibunuh dengan kejam oleh Tentera Yahudi Laknatullah ketika percubaan menghalang jentolak Zionis meruntuhkan rumah saudara kita penduduk Palestin yg bernama Samir Nasrallah di Semenanjung Gaza.
sebelum..
selepas..
Menurut akhbar Corrie dan rakan-rakan beliau bertindak menjadi Perisai Manusia. Beliau yang mengambil cuti setahun dari pengajiannya di Evergreen State College telah ke Palestin untuk menyertai Intifada ke 2.
Beliau telah meninggal dunia akibat cedera parah akibat tekanan melampau pada dada yg menyebabkan tulang rusuk, tulang belakang, skapula dan dorsal spinal column, paru2 kanan koyak dengan pendarahan teruk di kaviti pleural.
Dia dilanggar oleh Bulldozer Yahudi sebanyak 2 kali, ya 2 kali dan Yahudi masih mengatakan ianya kemalangan.