Monday, March 30, 2009

br join...

aku br join facebook!ahaha.tau,aku ketinggalan.tapi sebenarnya tidak..dulu aku dah join dah.akibat blur masuk citu.tak ramai kawan pun kt facebook.so aku tutup lah account facebook!dan sekarang aku join balik sebab dgr2 ramai kawan stpd aku masuk citu.okelah...pape je.friendster ramai kawan sekolah rendah aku.myspace banyak sedara mara aku.ahaha.

aku kena ingat benda alah yg aku msuk ni..nti lupa segalanya.dah kena buat baru.tak larat aku.aku sebenarnya tak suka web profile.just blog aku layan.tp nape ntah rajin sign up.ahaha.well,be carefull in this web world!so many hackers..im begging you dont kacau me!please...:C

so here we are:

  • friendster
  • myspace(bakal dihapuskan kot?tgk dulu..)
  • facebook ~latest joined
  • yearbook(tak ingat password n id)
  • photobucket(cam tak ingat password je.adoyai)
  • plurk
  • tagged(tak ingat password n id)
  • hi5(tak ingat password n id)
  • xanga(delete lama dah)
  • seventeen(tak ingat password n id)
  • cari forum(tak boleh2 aku masukkan email aku...grhh!)
  • yahoo-farr.. , viva..
  • blogspot
  • ...aku cuba ingat lagik ape yg aku sign up...

are you Sh0paholic?

naaa~
we are here talking about this film!nice,nice!wonderful and wish i can be like that too..but betty stil lead inspire me.haha.everythings that were produce by waltz disney,the film are enjoyable.am still waiting for the cartoon scene.monster vs alien.so chill!lala~

Sunday, March 29, 2009

wei guys!look here!it is so sooo interesting!

message from sazzy falak!~cool weiyh~~sgt cool! oih,tasha!i know u'll like it rightzZ!awesome!show ur talent beb!

Hey all,

Calling all GREAT scripts & scriptwriters!
SinclairFalak is set to produce and is looking for GREAT Scripts and GOOD Scriptwriters for films, dramas or series... Please send scripts or details to sinclair.​falak@​gmail.​com.. And please... don't send junk, forwarded mails or any form of invitations to this email.

Peace & Love to all you darlings!
Sazzy


serious!aku tak bohong..by the way..aku ni die hard fan sazzy falak and her husband,nazril!lala.~i love this couple damn!

sekadar yang lepas..itu pun aku masih teruja agik~!

lala..tahun 2007 pengakap buat ekspedisi..huhu.extreme giler keh?org lain tak kowt,aku surang je yg rase bnda tu susah..kuikui.mula2 sampAi masing-masing tak mau bawak beg.aku surang terhegeh-hegeh bawak beg merah yg striking sgt.ntah apa aku isi dlam beg tuh ntah,berat ya amat cam bawak batu.ahaha.kami diberi penerangan oleh ranjer tuh.hmm,ranjer tu cam jaafar 0nn lah!!ala,cam adik beradik,sepupu sepapat muka dia.lebih kurang aje.huh,abaikan2..masa nak pergi punya la semangat.dia tunjuk segala tanaman yang ada kat situ.0h ye,maafkan aku.aku lupa nak bagitau lokasi kitaorng kat mana!sorry,sorry..tempat ni namanya FRIM di KEPONG,SELANGOR!indahnye masuk kat sini.sejuk aje..

dalam dok tunjuk segala tanaman semua tuh,tak sedar kawasan yang kitaorng redah menjadi semakin curam.alamak!tercungap-cungap aku.sampai satu masa tuh,aku kata kt 'jaafar onn' tu aku gv up arr nak naik sampai atas.nak kena mendaki semua.yang best nye.time aku stop kt tgh jalan tuh,sekumpulan warga emas memotong aku!ahahaah.kuat giler diorang!budak2 lain semua berhenti tunggu aku.dah aku rasa serba salah.teruskan aja lah,sian tgk diorang!diorang tak kesian ke tgk aku??huhu.'jaafar onn' kata aku rehat dulu.biar dia ngan sekumpulan yang lain naik dulu.aku pulak ditemani atiqah and sekumpulan budak pertolongan cemas.ye lah,mane la tau aku terseliuh kaki ke,pengsan ke kan!huhu.setiap kali aku cam rase down sgt!well,seperti biasa atiqah sentiasa cheer lead tuk aku!tenkiu weih..alvin(ketua pengakap aku yang giler baik) pun turut support.he is very good chinese guy loh.hehe.straight A dia dapat.so bijak and active!salut to you alvin!dah kena cheer lead,aku pun teruskan lagi.terdengar suara budak2 kat atas tgah nyanyi lagu pengakap ar,bg support..menjerit-jerit suh aku naik!al maklumlah,yg istimewanya tujuan kitaorng nak naik jambatan gantung.so kalu aku tak teruskan sia-sia ajelah.dah sampai kat atas tuh,semua orang tepuk bersorakan.wah,terharu aku deyh!menangis!huhu.tak kira dah leng chai ke,cowok ke or 'jaafar onn' ke?!semua tgk aku menangis.kuikui.okelah,finally dapat la aku naik jambatan tuh.time tu pulak yg guide kitaorng suh jalan perlahan-lahan.jambatan tu goyang kan.dalm ketinggian berapa aku tak ingat tapi kalau terjun/jatuh sure mati terus lah.tada patah tangan ke apa ke!aku ni bawak kamera so tangkap la permandangan dari atas tuh.


nak pandang bawah tak berani ouh!seram.gayat jugak aku niyh.:P.setelah beberapa minit,aku turun and time tu,aku turun perlahan-lahan jugak.batu kat situ tajam-tajam.sakit kaki aku pijak batu tuh.adoyai.thumbs up from 'jaafar onn'!dia kata...bagus la you ada semangat!ye iyeh...padahal semangat tu aku dapat dari atiqah,alvin dan mereka2 juga!kuikui.tapelah.puas hati aku!dalam perjalanan turun..hujan giler lebat!lagi slow pergerakkan aku.sebab segala batu licin kalu pijak.haih.mcm2 dugaan sungguh.habis basah kuyup sesampainye aku kat pondok menunggu.lama jugak hujan dan sebenarnya kitaorng tunggu abg boon keong and he gengs.terperangkap ke kat atas??pelik sebab lama sangat!padahal seingat aku dia ada kat belakang aku time tuh.Hmm.,rupenya!dia jatuh tadi.patut lesap..kesian giler.orang kena papah dia.kecoh kejap la hal tuh.hujan dah reda,kami beli air kt gerai jualan ..dan bas pun sampai nak amik kami pergi ke kantin dekat FRIM tuh..yang kelakar,tokei bus tak kasik duduk!ahaha.ye la basah kuyup la katakan..berdiri la kitaorang dalam bus tuh.muahaha.smpai kat kantin..yg mana nak tukar bj pergi la.100% kot tukar!haha.siap segalanya..pergi kantin makan!well,alvin telah tunaikan janji dia time kami mendaki tadi.dia belanja aku minum milo panas!waaa,gentlemen la ini leng chai!kuikui.so sweet!thank you alvin!!

----------------

abih je disana..terus menuju ke mid valley.bukan buat apa pun.cuci mata je..masing2 berpecah.aku dan atiqah berdating.hahaah.kitaorang beli McD(take away) then mkan kat tengah2 orang lalu lalang situ.siap dok bersila.ahhaa.tak kesah la kan.orang kl bukan nya peduli pun aku nk buat.aku izinkan korang peduli dengan tingkah laku aku jika aku kelihatan sungguh tidak senonoh ye!jgn tengok je time tuh,tegur kalau aku silap!!hahaha.

dari kiri:tira,faten,tuan blog!,miss eva(cikgu practical),mirae,atiqah
masa berkumpul nak balik tu..cikgu azmi nampak A.Samad Said.terus menerjah sasterawan tu dan salam.kitaorang gelak je tgk perangai cikgu tuh.


So..balik la lepas tuh..


p/s:next time nak pegi jugak tree top walks kat Sg Sedim,Kulim.KEDAH.jambatan tu fully besi kot.tada goyang2..haaha

Friday, March 27, 2009

chihuahuoa!



sekembalinye aku ke alam blog,aku terasa segar pulak.hehe.aritu ada bc blog adk sedara aku.and aku kidnap satu gambar ni!jgn marah ye mira!huAhua.

tk ingat la gambar ni aku umur brapa..aku yg bj merah!and u knoe guys!sampAI besar aku jadi pecinta merah.mcm the red mummy yg glam gile tu.hihi.

sengaja post kan gmbr waktu kecil &di bawah ini sebahagian dari pikiran di otak..huh~

  • yg sebenarnya niyh,aku teruja dgr ex-schoolmates aku atau org2 yg terdekat akan terbang ke negara org tidak lama lagik untuk menuntut ilmu.aku sikit rasa rendah diri.tapi tak mengapa itu kan rezeki mereka!wish them all the best sgt2!suatu hari nanti aku juga akan jejak kaki ke negara orang.insyaAllah.
  • ade satu perkhabaran ttg seorang mak cik yg sungguh menduga kesabaran umum.diberi gelaran "makcik kepociyh" .terlalu sibuk akan hal orang,terlalu bangga dgn keturunan nya.sekelip mata kalau dia lalai dan leka.Allah akan tarik suma nikmat yg dia ada.wallahualam
  • diumumkan bahawa tuan blog ini berjaya menangkis segala spekulasi.ahaha.tak,tak!tuan blog ni dah berjaya buang 2:4 ketidaktentuan arah hidupnya!hehe.
  • aku dah buat cheese cake seperti yg aku bg tau aritu.gambar blum diuploadkan lagi.haha.rasa kek tu dah ada tp maybe sebab yogurt aku letak byk sgt kot.ahaha.nti aku post gambr tu kt sini!!
  • kadang2 teringin nk belajar kt ipts or any college!herm,org smua berebut ipta aku nk swasta pulak.bukan,aku ni teringin nak rasa hidup sbagai seorang berdikari.sewa rumah,mkn luar or masak sendiri.bla,bla..papeje!~

Sunday, March 22, 2009

private called!:S

TAGLINE:wei,i just love to read blog.and giler follow to whom keeping updates in everyday!laalla..so,bila korang tgk profile view angka menonton blog anda luar biasa!aku la salah seorang yg selalu menonton blog anda!muahaha
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Malam semalam aku kepenatan sangat!hah,selama beberapa hari aku asyik lelapkan mata jam 3 or 4 pagi.tp kali ni dalam kul 11 lebih aku dah ngantuk.kira awal la kan?ni semua gara-gara drama yg ntah pape.hm,papa aku kata mcm diadaptasi dari cerita anakku sazali je.Cuma ini versi millineum!haha.sebelum ni kan aku ada bagi tau aku mengalami mimpi yang tak indah langsung.huhu.pagi tadi,aku cek handphone aku.tertera “NO NUMBER”..private la kan!dirahsiakan nombornya.tapi dalam keadaan aku mamai bukak hp.aku mula fikir lain.!ahaaha..bayangkan called tu dalam pukul 12.48!!haha.tak ke menakutkan menerima panggilan time tu dan tiada nombor tertera pun!mysterious ag0g0!hahaha.fikiran aku je bukan2..nk try call balik dah la tada kredit ,yg nk dicall pun tak taw number!ahahaah.ntah pape je.mlm semalam gak,tetiba kupu-kupu or rama-rama tetiba menyerang aku!aku ingt apa bnda.tgk2 dia hinggap kat dinding aku.cam pelik je.br subuh tadi dia pergi ntah mana menghilang??abaikan,abaikan..so,apa matlamat aku cerita semua ni pada korang?hah!aku nak bg tau yg aku ni penakut juga orang nya!!!aku mengaku okay!!!muahahah.