KISAH BUAH KURMA DI DALAM AL-QURAN
Dalam Surah Maryam ayat 25
" Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya dan ia gugurkan atasmu kurma yang masak "
Dalam Surah Al-Mukaninah ayat 19:-
" Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan "
KISAH BUAH KURMA MENURUT HADIS PARA NABI
Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:
" Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)"
Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:
" Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya "
Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,
" Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka"
Rasullallah s.a.w pula bersabda, " makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut"
Menurut hasil penyelidikan para saintis pula, buah kurma ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Unsur ini adalah amat penting bagi membentuk atau menghasilkan susu ibu. Ia juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sum-sum tulang.
Kebanyakakn kurma mengandungi gula glukosa( sejenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa ( jenis gula yang terdapat dalam sebahagian besar tumbuh-tumbuhan) . Ia juga mengandungi banyak mineral penting seperti magnesium, potasium, dan kalsium. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma pula berfungsi melawaskan usus dan mengaktifkannya secara langsung untuk mempermudahkan proses pembuangan air besar. Kurma juga merupakan makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.
Jadi, diawal berbuka, digalakkan mulai dengan kurma. bermacam-macam jenis kurma yang ada Di Malaysia ni. Antara yang menjadi kegemaran...
Yusuf Taiyoob..(bercakap dengan nada berbisik)^_^
Wallahualam. .
INSTITUSI USRAH
MMU,MELAKA
MMU,MELAKA
No comments:
Post a Comment