Saturday, February 8, 2014

sepahtu juara maharaja lawak mega 2013

Friday, February 7, 2014

tahun 2013

assalamualaikum,

lama saya tinggalkan dunia blogger ,! saya terlupa password saya. hee.

2013 byk kenangan yang dicipta. hehe. antaranya, hrm.. hrmm.. sahabat baik serta kakak ku  kahwin! Barakallah.makanya, tibalah giliran aku untuk orang bertanya.kau bila lagi farah? typical question.ku sengih aja.

sebut pasal kahwin, aku yg dulu ambil remeh menjadi seorang yg susah hati. tapi,tapi! wajiblah aku kena kuatkan hati,imanku.. berkata dalam hati farahin!! hang kena yakin kuasa Allah. Dia maha MEngetahui bila masanya aku akan menamatkan zaman bujang.hee. doa seikhlas hati... maniskan senyuman. mohon pada Allah,jangan biarkan aku keseorangan di dunia ini. akan hadir seorang jejaka yang mencari tulang rusuk dia yang hilang. Allah...hanya engkau yang aku sembah.. jangan biarkan aku lalai dari terus mencintaiMu sehingga aku berjumpa dengan seseorang yang sangat mencintaiMu jua.kalau nak ikutkan cerita cinta panjang.
tapi ada seorng hamba Allah yang aku minati.. dan akan cinta dia dalam diam. perit tapi itu hakikatnya. biarlah. kanku doakan semoga dia bertemu jodoh dengan orang yang dia inginkan. dan jika aku orangnya.?kehkeh..mmg cerita lebih indah akan ku beritahu padanya.

wahai diriku sendiri... perbetulkan diri ku sendiri dulu, baru bole move to the next step. ni masak puding cayaq! mashed potato pedassz. ha ha. farahin, kadang2 angan-angan itu bole jadi kenyatan tau! haha... aku teringat waktu dan ketika itu. hati dupdap.. bila terpandang wajahmu. sungguh menyejukkan mata...meredakan hati yang celaru. dapatkah kita bertemu lagi?

sudah,sudah... sampai sebelum 'akad ' dilafazkan,cerita anganku takkan habis. oleh itu.aku mesti tenangkan fikiran.

ohh ye, MLM final kn. aku baru mula nak tengok.guess what team i like the most? BOCEY!!Haha. underdog group tapi wow hebat. semoga berjaya.dan dalam masa yang sama. dah alang2tengok karoot komedia, dah mula mengenali sepahtu. bestnya kawan aku jumpa diorang dekat PD. ok,ok..crita sebenarnya aku minat shuib,tp dah kahwin.haha.jadi minatlah kat jepp. hoho.statement panaz! tp aku xde sampai nk lamar2, cukup sekadar kenal group pelawak ni sudah le kan.? jepp dilihat sebagai seorang yang hormat pada family,semua orang.salam cium tangan.hee.baik sungguh. sama mcm dr fazley coklat cake tu! sgt menghormati orang lain. aduhai.orang- orang sebegini yang sudah mencairkan hatiku. apepun good luck for final.

exam start isnin ni sampai minggu depan.mohon kalian mendoakan kesihatn yang baik utk saya dan semoga dipermudahkan untuk jawab soalan. Allah izinkan aku berjaya dunia akhirat..Amin.

Wednesday, January 30, 2013

final exam, semester 1

Assalamualaikum, lama tak menjengah keadaan blog ku .hampir setengah thn tak menulis. rasa rindu jangan cakap ler.. haha. lagi beberapa hari akan bermula final. tarikh2 seperti 1/2 .. 2/2.. 5/2 .. 8/2 haah. tarikh keramat, sempat lagi nak tulis dlm blog..makcik takut kawan2 sekalian oih. doakan yg terbaik untuk saya. utk MMUians good luck. wish you all the best .

Friday, June 15, 2012

memandangkan aku dah lama tak memerah idea untuk menulis, dan sehinggakan otak aku sering bercelaru.. lebih baik aku menaip. hrmm.. aku ibarat arah tujuan yg menemui atau menempuh jalan yg tidak hebat. sehinggakan saat ni, orang tengok aku biasa2 je. tapi aku bersyukur, at least adalah pengalaman hidup. bekerja sementara menantikan degree ke mana. aku kerja part time ,,mencari sesuap nasi.lala. menghilangkan rasa bohsan! oh yeaaaa.. aku ni sibuk nak epf socso bagai!!! penting kot! tp Insyallah., ada rezeki utk itu sebab tmpt kerja baru aku ni provide tu semua. asalkan masuk je.. trus daftar no epf! haks!!~

aku ni pelik ar. kekadang rasa yakin sangat! kekadang rasa down giler.. cemas! tak elok kan bersikap begitu? hee. aku cuba berubah! Insyallah. aku risau mana aku akan melangkah kaki aku nti!! aku nak jd insan yang dihormati. oleh kerana itu, aku cuba mengubah diri aku dulu.heeh.

erm, sebut pasal degree.. aku betul2! berharap! takut juga berharap sgt kuciwa nti! tp kenalah yakin dgn kuasa Allah.Sesungguhnya Dia penentu segalanya~! kita hambaNya kena redha! redha!redha! barulah Allah memberkati dan meredhai perjalanan hidup kita. Insyallah aku yakin janji Allah benar! doa senjata kita umat islam. rugi juga pada sesiapa yg mengabaikan doa!
Allah, dengarlah suara hambaMu ini. yang merintih lagi memohon agar dosa2ku yg sebelum ini dan pada hari ini diampunkan oleh Mu. aku insan yang lemah. aku tak kuat. aku hina lagi kerdil! ampunkan dosa2 ku Allah. aku malu meminta dan  lg meminta padaMu ttg keinginan ku. tp aku sendiri lupa ttg nikmat yg Kau beri padaku selama ini:(. maafkan aku Allah! semoga perjalanan hidup ku ini bersumberkan agama Islam. bawalah aku menjadi hamba yg berjaya dunia akhirat~! Ameen.

Sunday, June 10, 2012

rebung vs puteri

apakah yang aku cube perkatakan? ofcos aku teringin nak pi dua2 restoran ni. masing2 ada kekuatan tersendiri apabila restoran rebung dimiliki oleh chef ismail dan partner ,dr sms... manakala restoran puteri dimiliki 2 sahabat karib , habsaH  hassan dan rubiah suparman! waah. lauk2 kampung. selero kampung aku skrg ni! yg best .. diorang ni buat buffet for lunch time! siyes like vavavom! i love. tak pernah try and bila tgk pada lauk2 dia mmg menghantuiku. cheh!!

tp ada satu lg restoran yang boleh dikatakan menarik minat ku.. marche restaurant ! wow juga. teringin nak pi tp.. aduhai bila lah kan??

Wednesday, May 30, 2012

sepupu2  perempuan ku. lala


selamat pengantin baru.semoga bahagia hingga syurga. 

Thursday, March 1, 2012

desa tercinta 2012 KEDAH

dalam ingatan.. hehe. rasanya mcm dah kian pupus usaha aku dalam penulisan. aku hanya luahkan apa yang terasa di hati,. tapi pada hari sebelum ke dt ni, ada yg khabarkan bahawa blog adalah tempat bg mereka yang jiwang! salah tu salah! hee. meh nak perbetulkan., blog adalah tempat bagi mereka yang berhati lembut. ikhlas untuk menceritakan setiap apa yang berlaku. :))

aku tulis blog ada sebab., sebabnya ada seseorang mengingatkan aku ttg blog. bila aku baca blog dia. w0w, tak sangka dia minat menulis..payah zaman sekarang nak lihat lelaki dan blog.

bercerita mengenai pengalaman berada di kampung orang., ternyata mengujakan aku tambah2 buat kat kedah! sesungguhnya aku sayang kat kedah sgt2.mama, napa tak lahirkan farah di kedah?* melampau.! haha. buat pengetahuan, kedah kg ayahandaku. adat ,loghat suma aku dah biasa. tada la kekok sgt mcm adik beradik angkat aku yg lain. ngehngeh. comel tgk diorang bila terpinga2 apa benda mak angkat aku cakap, dan time ni lah aku diperlukan untuk menterjemahkan ayat mak angkat ku.
rindu farah syg.!:(

keluarga pakcik somad dan makcik zaleha.mereka masih muda.. punyai 5 orang anak. salah seorang anak mereka mengalami masalah down syndrom.(betul ke eja nih?). istimewa sungguh istimewa. Aku percaya Allah mahu melihat/uji padaku dimana tahap kesabaranku dan sebagainya. aku ni anak bongsu maka melayan budak itu boleh la. nak guide mmg bukan aku tp kalau nak berhibur sama seperti kanak2,mampu kot! hee. sbb anak bongsu ni manja dan keanak anakkan terserlah bila bersama budak ye.

TEAM SK MERBOK PUSAT
dt pgram terbaik, ke kg orang..mengajar kanak2,menuntut ilmu itu biarlah byk. usaha dan pencarian kebesaran Allah juga kita mampu cari apabila kita berada jauh dari diri kita yang sebenar.kita masuk suasana baru yang susah utk orang lain turut serta kecuali mereka juga ada pgram sebegini. hehe.seronok pelbagai aktiviti ada.mcm2 ada!~ tapi aku jenis malas nak bercerita,*asalkan ada sedikit je cerita dah cukup bgku.haha. overall, memang seronok! dan yang pasti jika ada kawan2 aku. aku mesti lagi buat perangai gila! aisehh kawan2 nak manja ngan ibubapa pulok. tamau ikut. hrmm., apa2 je

Sunday, December 25, 2011

coklat.. siapa nak order.. :)




ok. ini percubaan saya yg pertama, sudah ada yg order.. just capture skit2 jap. sos sesapa nak order .come2, jgn malu2 untuk bertanya:). i will do my very best .hee. contact me through email, crewsoy@hotmail.com

Saturday, December 17, 2011

mek lopa i nak dtg dah! prepare, prepare.

Penjagaan Anak Arnab
Pada kebiasaannya, ibu arnab akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Akan tetapi jika berlaku situasi dimana ibu tidak menyusukan anak atas sebab kurang mahir, atau kurang sihat. Maka perlulah, kita membantu, dgn memegang ibu arnab secara terlentang, dan meletakkan anak-anak pada puting susu. Arnab-arnab yang sihat akan mula menghisap puting untuk mendapatkan susu. Perut anak arnab akan kelihatan keputihan dati bawah sekiranya ia memperolehi susu secukupnya. Jika dilihat dari atas, bahagian perut akan kelihatan cembung ke tepi menandakan ia dipenuhi susu
Rutin in perlu diulang 2 kali sehari, sekali pagi sekali petang sehingga arnab berumur 14 hari.
Pastikan ibu arnab dibekalkan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu yang baik.


Bagi kes kematian ibu, anda boleh menyediakan campuran susu dan menyuap anak arnab menggunakan picagari 2 kali sehari.


Penjagaan Seharian


Pagi : Bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.


Petang : Tambah makanan(pellet) dan bekalkan rumput "hay" atau keledek.


Malam : Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab makan lebih byk pada waktu malam. Hampir 75%


Penjagaan Mingguan


Bersihkan tempat arnab anda. Sikat bulu arnab anda(jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.Berikan arnab anda sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.


Penjagaan Bulanan


Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab anda ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Monday, November 21, 2011

yesa aku plan berhenti kerja dalam masa 2 minggu ni! please Allah let it be. , i have a right to make a decision. its for my future .study and books are my life right now. i will work hard for it. and looking the best job after that! yes, i promise~

Saturday, October 29, 2011

sabah trip:

 sesungguhnya aku hanya merancang! Dia yg menentukannya.cuma bersabar dan teruskan perjalanan sebelum tarikh itu tiba. hee. Insyallah, ada rezeki sampai lah.

first, aku nak pergi sipadan!haha. berangan! jauh kan dr kk.so aku decide nak buat perkara yang sama di tunku abdul rahman park! just sea walking kat area pulau sapi.

then., tak lengkap rasanya kalau tak pi ke lereng mount kinabalu, kundasang! haaha. ok,ok situ! pasti.

pasar2 yg ada di kk akan aku redah! handicraft la, city mosque, jesseltonpoint waterfront, kk espland, philipin market, gaya street. comin soon.* nak makan seafood! tak kire.

last, sabah agriculture park

sebenarnya thn depan bulan julai br pegi! hahah. lama kan? biar lah. haha. preparation aje. tiket flight dah beli dah pun masa tgh promo low fare aritu. pergi balik rm 64! sape tamau.muahaha. best! so dengan otak aku yg giler, aku rasa Insyallah aku bole survive! hotel takyah grand sgt! tidur ala2 backpackers tu! mmg pun. airasia tu aku tak amik baggage fees. gasak la!, mak aku tak leh beli souvenier. haah.telan dalam mulut sementara tgh check bag. bole,bole!heee.
perjalanan tu : Insyallah, beautiful has been create by HIM..

pergi>19july 2012 ( KHAMIS ) jam 1210- 1440
balik<21july 2012 (SABTU) jam 1855-2120

* hahha. korang rasa dgn inetiary aku buat tu..sempat ke nak berjalan sana sinin? haaha

references: http://www.sabahtourism.com/ dan http://www.sabahbackpackers.com/online/ (for those who want save a budget)

Tuesday, September 6, 2011

3 tempat.pilih la, pilih.

hrmm either sabah, sarawak atau bandung! manakah pilihan anda?ape pulak..pilihan aku la.aku pun tatau tgh dok merancang sbb esok rasenya tiket air asia murah!bhahaaha. selamat membeli!haha

Monday, July 4, 2011

saya nak jamu kawan nti

  1. nak buat nasi mentega.
  2. ayAm masak merah
  3. kari telur
  4. pengat pisang
nasi mentega ni memang kegemaran famili.dimakan pula dgn daging itam.ohsem.cuma kali ni tak buat daging itam sebab rempahnya tado.haha.takpe2 ganti ngan 2 menu di atas dah bagus dah!

resipi nasi mentega ,(6org makan)
  • 4 cawan beras(dibasuh dimasak mcm biasa,)
  • 2 sudu mentega/majerin/minyak sapi*
  • 1 biji bawang merah/putih*
  • daun pandan sehelai.
  • bawang goreng(perhiasan)
(*)goreng dulu bawangnye,.br masuk dalam periuk nasi td tu.

ayam masak merah(resipi mak)
  • ayam sapu2 dengan kunyit untuk goreng
  • satu cawan cili boh/cili kering(diblend)
  • gula&garam cukup rasa
  • air asam jawa cukup rasa
  • bawang merah& putih byk2 biar bg sedap giler bau.
  • 1btg serai
  • 1 inci halia
  • sos tomato
  • kayu manis,pelaga,cengkih,lawang(setiap satu)
cara2:
  • setelah goreng ayam..ambil skit minyak dia untuk buat sambal
  • blend bawang2an tu dgn cili.
  •  start tumis bawang merah putih  halia+kayu manis,pelaga,cengkih,lawang..
  • masukkan cili diblend tu ye!
  • letak garam gula cukup rasa..sos tomato..air asam jawa dan serai
  • dahtu letak la ayam kacau2.tu je:P
pengat pisang!tunggu kome.
sbb aku ada cr kt my resipi.nyumnyum.
resipi yana my resipi

  • satu cawan beras pulut
  • 3 biji pisang nangka (buang kulit dan potong dua)
  • 3 @ 4 cawan santan
  • satu keping gula melaka
  • gula
  • sedikit garam
  • daun pandan @ bunga cengkih

Cara-cara

  1. tanak beras pulut.
  2. sementara itu, masukkan santan, pisang, gula melaka, sedikit garam. dan daun pandan. masak hingga mendidih. kalau xde daun pandan boleh diganti dgn bunga cengkih.
  3. tambah gula jika kurang manis. bila dah masak boleh la dihidangkan bersama pulut tadi.

kari telur(amik dr org)
BAHAN-BAHANNYA:
Telur (direbus dan dibuang kulitnya)
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 s/b rempah kari ayam / daging
1 s/b serbuk cili
1/2 cawan susu cair / santan
3 cawan air
Sedikit daun kari
2 biji cili hijau (dibelah 4)
Sedikit minyak
Garam, perasa dan sedikit gula

CARA-CARANYA:Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, buah pelaga dan bunga lawang bersama bahan tumbuk hingga garing,
masukkan rempah kari & serbuk cili
Tumis hingga garing,
masukkan pula daun kari dan air, biarkan mendidih,
gaul seketika,
masukkan susu cair dan gaul lagi hingga menggelegak,
masukkan telur, cili hijau, garam, perasa dan sedikit gula,
biarkan kesemua bahan sebati dan masak bolehlah ditutup apinya.


Friday, June 17, 2011

Allah.sungguh aku cinta pada Mu .jangan biarkan aku sendiri menjalani kehidupan tanpaMu.tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.Allah,kehidupan ini hanya sementara.hidup dan matiku di tangan Mu.aku ibarat pelakon yang melakonkan setiap perwatakan di atas muka bumi ini.Sesungguhnya aku sedar,dunia ini mampu hancur sekelip mata dan bersediakah aku waktu itu?dosa2 aku terlalu banyak padaMu, aku takut tak sempat memohon taubat di atas kekilafan aku sendiri.Niat aku untuk berubah masih ada dan sehingga kini aku masih cuba perlahan2.Allah,izinkan aku menjadi anak yang solehah., yang memahami kehendakMu, yang mencintaiMu, yang sanggup berjuang demi Mu.Allah tunjukkanlah aku jalan supaya kau redhoi setiap apa yang aku lakukan.masa depan itu pasti akan berlaku cuma belum ketahui apa isinya.aku rindukan Mu Allah.jangan biarkan aku berpaling dari untuk terus memuji Mu.Benarkan aku menyampaikan nasihat pada mereka yang lain untuk peringatan buat diriku jua dan mereka.aku lemah ya Allah.aku terlalu hina.tapi Kau masih menyayangi dan kadangkala aku cukup terasa nikmat yang Kau beri.Dugaan,dugaan datang dan pergi dalam kehidupan aku dan hambaMu yang lain.perit,sayu,pedih rasanya.tapi sedarkah kami!sebenarnya itu adalah peringatan dan kasih sayang Mu.Kau beri kami laluan getir itu untuk kami sedar bahawa sebenarnya kami lalai dan leka terhadap Mu.Allah,tetapkanlah hatiku untuk terus mengingati Mu.terimalah doa aku.permudahkan urusan aku.aku rindu pada Mu ya Allah..aku rindu pada Rasulullah S.A.W.terbukti memang hatiku kosong jika leka dengan duniawi.akan aku berjuang demi Mu untuk mengaut segala Ilmu yang ada di dunia untuk bekalan di akhirat.akan aku terus berdamping dengan insan2 yang berjuang demiMu.akan aku bersama mereka untuk terus memperbaiki hidup aku menjadi lebih baik.Insyallah.Allahuakhbar3x

Saturday, June 11, 2011

aktiviti di melaka

19jun2011 ni ingat nak ajak izzah tidur melaka.so,mcm best je bila dapat spent time sama teman tersayang.
aku ingat nak bawak pi main buggy car dekat Ayer Keroh.  http://x-motorsport.com.my/ .Then, main kayak kat tasik Ayer Keroh!!.mesti gempak!tak sabar aku wei!haha.mungkin aktiviti sampingan makan di ikan bakar?haa.atau dekat kedai abg arif SSM!wehuu.
mungkin zoo melaka,dataran pahlawan ada dalam list .zzZZ.

Im waiting for that moment.Insyallah,akan hadir masa itu.Allah,tQ so much.I LOVE YOU MORE THAN MY LIFE AND FAMILY.

Thursday, June 9, 2011

semester akhir untuk diploma

stresss!nak pilih group assigment kemain payah.padahal dah berkurun aku dok sini.agaknye kalau aku pandai ..mesti bagus!suma org berebut nak buat assignment dgn aku.tp dgn syarat.diorang ketuk la aku.harap kat aku.Alhamdulillah aku sederhana untuk itu.org tak amik kesempatan dan aku bole juga buat kerja.Alhamdulillah.

semester akhir ni aku amik 6 subjek.

International Business-group assignment pending!
Company Law-pending
Business Ethics-with naz and yet pending
Managment Accounting-dgn tyra,huda,fifi(yg tak pernah aku bekerjasama!haaa!how la..hopefully ok2 je)
Malaysian Studies-bella,ama,mia,che norlin.
Islamic Studies-pending

suma pending lagi ni!!!zzzz