Wednesday, December 23, 2009

exam suda abis laar..
syukur sgt.tp perlukah aku gembira?sedangkan result pun blum kuar agik!terbaik ke aku dapat??
apepun,alhamdulillah.baru sahaja pulang dari bandar hilir.aku nampak itik besar!!!!bawak pelancong bersiar-siar di bandar yang sungguh sibuk skrg ni!10 thn dulu Melaka tidak begini rupa.sekarang ni perubahan sgt ketara!
menara taming sari da naik,kalau aKU tak naik..buat malu le jadi org melaka(menumpang sekejAp).tp hati masih kekal kat PD..cannot replace it k!
bukan la nak promote bagai nak rak..tp serius pergilah naik taming sari tu(*perhatian!!malam sangat indah).pergilah melancong.and ada certain tempat aku masih blum pegik!planetarium dan pusat boling!!dekat je kot ngan umah sewa aku!!uishh..bila farah?bila?
pagi besok mama amik!X SABAR OK!..cuti sem walaupun 3 minggu tp sungguh berbaloi.tak kesah la org nk ejek cuti kejap je ke apa ker..(yg sebenarnya cuti lelama lah lg buat kita rase liat nk belajar!tp yg tegar yg bijaksana,tak yah cakap ar.huhu).
dalam masa 3 minggu byk sgt perkara yg aku idamkan..uh,berbalik pada esok!nak pi try kedai nasi lemak yg kata org sangat2 sedap!!!dekat mane?dekat ujung pasir..
well,aku ni bab2 melaka petik jari!*wink..
dah dekat 10 thn aku menjelajah melaka.dari tade pape hingga sekarang ni org br dok sebuk menyesakkan jalan di melaka.hehee.(marah org melaka!mcm terror sgt kan aku ni!ahahaah)tp tak pela..silalah melawat.mmg sgt menarik!aku tumpang seronok.walaupun tak se best area lembah klang !!tp melaka is the place that has the unique of its own.
guys!guys..
doakan aku dpt ke penang!sgt teruja.nak bersama adik beradik aku yg tersayang!amin

Saturday, December 19, 2009

hampir 2 bulan..byknye sarang!!

hahaa..kembali lagi aku ke alam menaip.
rasenye lama sungguh tak bersih2 kan sekeliling ni.seolah-olah mcm da tak sayangkan lagik blog ni.kali terakhir aku menaip setelah menuju ke alam final exam,dan kali ini sekali lagik aku di himpit keresahan dengan final untuk sem2.apa nak buat,time cam ni la aku rase puas untuk lepaskan stress aku ni.
doakan aku kalian semua(masih ade ke yg sudi membaca ruangan ni??)
td baru selesai satu paper sudah!macro.soalan sgt baik..jawapan ku sgt menarik!hehe.
esok hari ahad bersamaaan 20/12/2009 aku ade exam!ahad??ape kena ahad exam an,an!!berjihad aku ni untuk minggu ni.letih skit dgn hujan turun dengan lebat,abih basah kuyup.kena basuh baju dulu segalanya.hehe.
cuti sem nti pastinye akan mengubat segalanya.nk soping dulu lepas exam nti!!!hahaah.then baru balik PD ari kamis(insyaAllah). meh la suma dtg menjengah ke port dickson.hasrat pertama aku ingin ketemu sama cikgu rosilawati.sian dia time raye menunggu nunggu kedatangan anak murid dia.x nampak langsung batang idung.
kedua,aku nak main boling!!!!erghhh...nak main boling okay!!!lama x main..
uhh ye,aku ni baru saja berjinak menggunakan compaq.setakat ni alhamdulillah,tade pape masalah.thank you pada semua yg membantu(korang kalu baca ni,faham2 aje la).
then insyaAllah,awal tahun..plan dengan sepupu tersayang yg br saja abih spm..pergi ke penang!hehe.naik tren mungkin.kitaorg hanya merancang sahaja.tujuan utama untuk menjenguk sepupu yg lagi surang kt sana.harap2 jadi la niat nak berkumpul bertiga cam dulu2.gangster kampung gelok!!kamilahh!hhaaha.doakan tercapai hasrat ni.mudah2an Allah panjangkan umur kami dan murah rezeki!!amin..kalu jadi lah..akan aku serapkan gambar2 dalam blog ni!(puas sudah aku berangan,harapan adalah untuk jd kenyataan).
so takat in aje la dulu..ayat penting yg ingin aku terapkan dalam jiwa aku skrg.pikirlah sepositif mungkin.mudah2an aku dapat menyelesaikan final exam ini sebaik mungkin.insyaAllah.

Tuesday, October 6, 2009

0oo..

minggu ni minggu final..so otak aku bercelaru cikit.
hari pertama exam aku tersilap print exam slip
hari kedua aku silap tempat exam dan kali ketiga aku tersilap tempat duduk aku.entah last paper nti aku tersilap apa lagi kot??huhu.
tp entah kenape soklan yg keluar suma nye dapat jawab.alhamdulillah.
dan(loghat utara) lagik aku pandang kiri kanan tgk org menjawab.
baru saje menjamah US pizza.ermm,kat melaka saja ade k!
mulut aku kian berbau cheese!!!erghh..sib baik ade colgate.huahua.
uh!!!!!!!!!!aku terjumpa lecturer aku!alamak..dia sekat aku tadi sampai terhantuk kepala aku.
dia asik tanya aku dapat buat ke idak.agaknye asyik sibuk tanye aku nye,nak bagi markah lebey kot.ish2x..
yeay!aku sabar sangat orgnye.tgk!!hari jumaat dan cuti sem bakal menjelang tiba.habis je exam akan ku trus pulang ke desa tercinta.sempat agik aku pikir nak jamu apa untuk kwn2 aku nanti.
dah la lama tak jumpa.insyallah,hari sabtu ni akan menyusul.few days to go.
jadik malam ni aku masih kena struggle.jumaat ni paper yg paling tuff!subjek hard core wokeh.business maths.Allah tolong aku.Kau lah satu2Nya tempat aku paling banyak mengadu nasiB.aku tahu Kau akan membantu aku.trima kasih Allah.TRIMA KASIH.:C

Thursday, September 10, 2009

10 mlm terakhir

penantian demi penantian..ku harapkan diketemukan sama malam yang paling bermakna yang jarang sekali kita mampu untuk bertemu.malam yang penuh keberkatan dan ganjaran pahala.di 10 malam terakhir ni.insyallah akan aku lengkapkan diri demi merebut malam yang didambakan semua hamba-Mu yaAllah.wallahualam.

Tuesday, September 8, 2009

Buah kurma memang sinonim dengan bulan Ramadhan. Kata orang tanpa kurma berbuka puasa seperti ada yang kurang. Khasiat dan kebaikan yang terdapat di dalam buah kurma begitu besar malah ia terkandung di dalam al-Quran, hadis dan juga terbukti secara saintifik...

KISAH BUAH KURMA DI DALAM AL-QURAN

Dalam Surah Maryam ayat 25
" Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya dan ia gugurkan atasmu kurma yang masak "

Dalam Surah Al-Mukaninah ayat 19:-

" Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan "

KISAH BUAH KURMA MENURUT HADIS PARA NABI

Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:

" Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)"

Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:

" Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya "

Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,

" Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka"

Rasullallah s.a.w pula bersabda, " makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut"

Menurut hasil penyelidikan para saintis pula, buah kurma ini kaya dengan unsur zat besi dan kalsium. Unsur ini adalah amat penting bagi membentuk atau menghasilkan susu ibu. Ia juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah serta sum-sum tulang.

Kebanyakakn kurma mengandungi gula glukosa( sejenis gula yang ada dalam darah) atau fruktosa ( jenis gula yang terdapat dalam sebahagian besar tumbuh-tumbuhan) . Ia juga mengandungi banyak mineral penting seperti magnesium, potasium, dan kalsium. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma pula berfungsi melawaskan usus dan mengaktifkannya secara langsung untuk mempermudahkan proses pembuangan air besar. Kurma juga merupakan makanan yang paling cepat diproses sebagai bekalan tenaga.

Jadi, diawal berbuka, digalakkan mulai dengan kurma. bermacam-macam jenis kurma yang ada Di Malaysia ni. Antara yang menjadi kegemaran...

Yusuf Taiyoob..(bercakap dengan nada berbisik)^_^

Wallahualam. .

INSTITUSI USRAH
MMU,MELAKA

Tuesday, September 1, 2009

aku terpilih?

hati aku berdebar-debar sebelum pergi briefings.dalam fikiran.pastinya terlintas layakkah aku bersama mereka?seorang yang jahil,dan sedikit ilmu nya tentang agama.masyaAllah.sampai begitu aku fikir.malu !segan!segalanya terasa.al maklumlah,aku berada di sekeliling orang-orang yang tinggi ilmunya dalam agama.lekas lah aku tersedar.aku takut untuk menjadi seorang yang tidak berpengetahuan.lekas lah aku belajar.kerana aku risau aku tidak sempat mendapat ilmu AllaH.aku tidak mahu luaran aku kelihatan sangat2 berbeza dari hati aku.seterusnya,aku akan nekad untuk bersihkan jiwa aku.lapangkan dada aku.berfikiran positif sama sekali!insyallah aku akan jalinkan ukhuwah bersama mereka.aku terpilih oleh Allah untuk travelog nanti.Subhanallah,reaksi aku yang cukup berbaur.sama ada aku mampu jalani atau aku hancurkannya.semoga aku sedar akan apa yang aku lakukan.wallahualam..