Thursday, March 1, 2012

desa tercinta 2012 KEDAH

dalam ingatan.. hehe. rasanya mcm dah kian pupus usaha aku dalam penulisan. aku hanya luahkan apa yang terasa di hati,. tapi pada hari sebelum ke dt ni, ada yg khabarkan bahawa blog adalah tempat bg mereka yang jiwang! salah tu salah! hee. meh nak perbetulkan., blog adalah tempat bagi mereka yang berhati lembut. ikhlas untuk menceritakan setiap apa yang berlaku. :))

aku tulis blog ada sebab., sebabnya ada seseorang mengingatkan aku ttg blog. bila aku baca blog dia. w0w, tak sangka dia minat menulis..payah zaman sekarang nak lihat lelaki dan blog.

bercerita mengenai pengalaman berada di kampung orang., ternyata mengujakan aku tambah2 buat kat kedah! sesungguhnya aku sayang kat kedah sgt2.mama, napa tak lahirkan farah di kedah?* melampau.! haha. buat pengetahuan, kedah kg ayahandaku. adat ,loghat suma aku dah biasa. tada la kekok sgt mcm adik beradik angkat aku yg lain. ngehngeh. comel tgk diorang bila terpinga2 apa benda mak angkat aku cakap, dan time ni lah aku diperlukan untuk menterjemahkan ayat mak angkat ku.
rindu farah syg.!:(

keluarga pakcik somad dan makcik zaleha.mereka masih muda.. punyai 5 orang anak. salah seorang anak mereka mengalami masalah down syndrom.(betul ke eja nih?). istimewa sungguh istimewa. Aku percaya Allah mahu melihat/uji padaku dimana tahap kesabaranku dan sebagainya. aku ni anak bongsu maka melayan budak itu boleh la. nak guide mmg bukan aku tp kalau nak berhibur sama seperti kanak2,mampu kot! hee. sbb anak bongsu ni manja dan keanak anakkan terserlah bila bersama budak ye.

TEAM SK MERBOK PUSAT
dt pgram terbaik, ke kg orang..mengajar kanak2,menuntut ilmu itu biarlah byk. usaha dan pencarian kebesaran Allah juga kita mampu cari apabila kita berada jauh dari diri kita yang sebenar.kita masuk suasana baru yang susah utk orang lain turut serta kecuali mereka juga ada pgram sebegini. hehe.seronok pelbagai aktiviti ada.mcm2 ada!~ tapi aku jenis malas nak bercerita,*asalkan ada sedikit je cerita dah cukup bgku.haha. overall, memang seronok! dan yang pasti jika ada kawan2 aku. aku mesti lagi buat perangai gila! aisehh kawan2 nak manja ngan ibubapa pulok. tamau ikut. hrmm., apa2 je

Sunday, December 25, 2011

coklat.. siapa nak order.. :)




ok. ini percubaan saya yg pertama, sudah ada yg order.. just capture skit2 jap. sos sesapa nak order .come2, jgn malu2 untuk bertanya:). i will do my very best .hee. contact me through email, crewsoy@hotmail.com

Saturday, December 17, 2011

mek lopa i nak dtg dah! prepare, prepare.

Penjagaan Anak Arnab
Pada kebiasaannya, ibu arnab akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Akan tetapi jika berlaku situasi dimana ibu tidak menyusukan anak atas sebab kurang mahir, atau kurang sihat. Maka perlulah, kita membantu, dgn memegang ibu arnab secara terlentang, dan meletakkan anak-anak pada puting susu. Arnab-arnab yang sihat akan mula menghisap puting untuk mendapatkan susu. Perut anak arnab akan kelihatan keputihan dati bawah sekiranya ia memperolehi susu secukupnya. Jika dilihat dari atas, bahagian perut akan kelihatan cembung ke tepi menandakan ia dipenuhi susu
Rutin in perlu diulang 2 kali sehari, sekali pagi sekali petang sehingga arnab berumur 14 hari.
Pastikan ibu arnab dibekalkan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu yang baik.


Bagi kes kematian ibu, anda boleh menyediakan campuran susu dan menyuap anak arnab menggunakan picagari 2 kali sehari.


Penjagaan Seharian


Pagi : Bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.


Petang : Tambah makanan(pellet) dan bekalkan rumput "hay" atau keledek.


Malam : Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab makan lebih byk pada waktu malam. Hampir 75%


Penjagaan Mingguan


Bersihkan tempat arnab anda. Sikat bulu arnab anda(jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.Berikan arnab anda sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.


Penjagaan Bulanan


Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab anda ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Monday, November 21, 2011

yesa aku plan berhenti kerja dalam masa 2 minggu ni! please Allah let it be. , i have a right to make a decision. its for my future .study and books are my life right now. i will work hard for it. and looking the best job after that! yes, i promise~