Saturday, June 19, 2010

ada batas nye ye!!

kehidupan manusia ni penuh dengan dugaan dari syaitan.sama ada kita dapat mengelak atau terus jatuh kerana tertarik dengan godaannye.
ada sebuah kisah tentang 2 keluarga ini dimana kehidupan mereka dari dulu sama sahaja!apa yg keluarga A miliki,pasti keluarga B mahukan nya juga.sekadar renungan,perkara ini kadangkala membuat kan keluarga A berasa hairan tatkala mereka telah memiliki sesuatu barang,dan hanya beberapa hari kemudian terdengar pula keluarga B ingin memiliki benda yang sama.
sebelum ni.keluarga A telah membeli rumah.mungkin kerana ayah A ni suka bercerita di pejabat.maka dilihat sebagai riak!tp sebenarnya,ayah A ni tiada langsung perasaan sebegitu.dia hanya rasa seronok setelah usaha dia selama ni berbaloi.jadi,tak kesah la kan.dia berhak.!yg kurang enak..keluarga B pun dan-dan(loghat kedah) pi beli sebuah rumah..uh bukan sebuah rumah yg biasa..mereka telah membeli sebidang tanah dan membuat plan sendiri membina sebuah rumah yg tersergam indah!alhamdulillah..tak mengapa lah.rezeki mereka juga .tp yg herannya,kereta pun beli yg sama dulu.dan sekarang keluarga A memiliki sebuah kereta baru..juga bagi keluarga B!!anda dapat menilai sendiri tak?
seolah-olah mereka ingin berlumba..tak boleh lebih dari keluarga B ni..yg pasti.keluarga B akan membeli sejurus keluarga A membeli!kenapaa harus berlumba sebegitu?kenapa keluarga A yg mereka nak ikut dan lumba sgt2!kenapa tak ikut keluarga c,d,e,f,g dan sebagainya!apa la nasib keluarga A kalau perkara ni asyik berlaku.dari tiada apa perasaan marah,geram..tetiba bila cara mereka itu terus dilakukan..pasti nya keluarga A akan berasa kurang enak dan mula berfikiran negatif!sampai larat mana keluarga A nak tahan agaknya ntah?jika berterusan sepanjang hidup.sangat membosankan.seharusnya keluarga B perlu berfikir kenapa mereka mesti ingin berlumba dan berlumba.
dan keluarga A pastinya kena bersabar banyak.ingat saja lah harta benda ni semua tak boleh bawa ke akhirat.semua akan hancur!semua akan musnah sama sekali.jgn la nak dibanggakan kemewahan harta jika kemewahan iman tiada dalam hati.wallahualam

No comments: