Wednesday, February 25, 2009

BlurPP!

TAGLINE:plan,plan......and plan!
erm,ingat nak ajak kawan-kawan sekolah rendah aku keluar lah.
lamanya tak jumpa diorang.nk ajak geng mental black .tapi macam tak cukup korum je memandangkan salah seorang dari kami menjalani latihan khidmat negara kat Rembau.rindu nye kat dia.
Esok pula,nak buat suprise bufday party pakl0ng aku.ahaah.excitednyew..plan nak beli kek untuk dia.
plan yg ini,!macam mana nak mintak papa belikan sesuatu barang yang sangat aku ingin kan.ahha.susah mey~haih,khuatir..khuatir..senang2 papa terus reject je apa yang aku nak tu.adoii.
*payahnye nak fikir sekarang!hermm..aku ni jenis yang berangan berlebihan.aku nak sangat jayakan plan aku yg ketiga ni.i wish i can get it.ouh:(

Tuesday, February 24, 2009

kerna dirimu begitu beharga

TAGLINE:award??hee.i got it

1.Copy '2009 Cute 3logger Award' untuk diletakkan di blog anda .

2. Link / ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda .

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang award seterusnya .

4. Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan nyatakan nama mereka di blog anda

  1. awarded by miss L.
  2. "what can i say bout her is first, thank you!i do know her in myspace.then start with share our blog here.she's the first person that link my blog!keep in touch with me fwens!hee"

10 fakta je?11 tak bole..lebey2 pulak:

  • aku seorang yg suka bercakap.satu hari kalau mereka tidak dgr suara aku.msg2 risau.ahaha
  • selalu berangan
  • mudah jatuh hati pada sesiapa sahaja terutama org yg berkenin tebal
  • fobia naik motor
  • takut lipas yg suka kejar2 orang tu.tp depan family berlagak tak takut!
  • obses laptops
  • perkataan wajib "macam mana niyh"
  • selalu tunjuk perasaan jika tak dapat sesuatu
  • suka makan
  • tak suka dipaksa.ouh,merimaskan!

penghargaan buat korang berlima:

  1. natalya a.k.a pah aida
  2. tasha a.k.a AGOgo amiGo
  3. husna itu saya
  4. fatin a.k.a pau
  5. nadya..

GAMBIT BERLAKON FILEM.

TAGLINE:teruja nya aku nak tengok gambit..!ee ai,bukannya filem yg aku mau tgk.apa laar.huhu

aku ingin ke pawagam kerna dia.he's damn macho you knoe.ahaah.siapa?alaa..the hoppers and ahli muzik tuh.indie band i guess..but tak kesahlah yang penting dia berlakon.pelakon utama maybe..RASUKAN ABLASA 26 februari 2009 arahan Prof Radzak Mohaideen.filem itu merupakan genre seram!antara pelakon lain almy nadia,hafiz dll.awat ntah aku promote sakan.ahahah.rindu show Gambit actually.GAMBIT,GAMBIT,GAMBIT!huu.

*lamanya aku tak tengok wayang.hermm
----------------------------------------------------------------------------------

aku ni minat orang yang jenis2 faizal tahir,nine OIAM,gambit,edry hashim.ahahaa.suma yg rambut lepas pada paras telinga.good looking.tengok muka pun jadi la.heee~

Monday, February 23, 2009

HARI-haRI Yang lepas

TAGLINE:aku sedang bahagia..mengimbau hari yang lepas!
  • first day:20.02.2009-

jam 6 pagi aku dah bangun.mandi semua!tup papa aku kata bertolak dalam pukul 10 pagi.ad0yai.janji dengan mak long dan mak ngah kemudian teruskan perjalanan konvoi.pak long awal2 dah nak plan makan di kuala sepetang,mEE uDANG.yang masuk majalah tiga tu..sedap la jugak.udang giler fresh and banyak!sambil menunggu mee aku sembang pasal PGL.hehe.tengah dok makan ni,tetiba ade benda merayap kat kaki aku.mak 0ihh!kucing comel nyew..tapi malas nak mati itu kucing..aku gerak2 kan kepala kucing tu boleh buat tak tahu.terlebih makan udang la tuh.huu.hujan renyai dan lebat menyambut kedatangan aku.singgah kULIM,KEDAH kejap.paklong ak tido sana manakala aku n fam terus ke PENANG.malam tu kat umah kenduri ada acara merewang.potong segala bawang,badam la hape la.lewat kul 11 lebeih pm br dpat lena tido.

  • second day:21.02.2009-
seawal jam 12 pagi.21 febuari.suasana ketika itu kata mama bising sangat.tak abih-abih bunyinya dtang dari handphone aku.ahah.msg dr kawn2 aku yg count down bufday aku.tenkiu. tapi mana aku ketika itu?sedang dibuai mimpi.ye lah penat sgt la katakan.keesokannya,aku terima panggilan dari kedua tokcik aku.mereka nyanyikan lagu bufday kt aku.terharunya.masih ada yg wish untuk aku yg dah tua niyh.hehehe~tenkiu!!tengah hari tu siap2 pergi la kenduri 2 pupu aku tu.its just like my day ouh!dengan tema pink putih.so exclusive and vough gilak!well,lauk kenduri pling ideal and special disna daging kurma.nyum,nyum..tgk kek juga yg masih blum ditingkatkan lagi.belum siap ar..aku ingt kek bufday aku rupenya kek kawin!ahahaha.seharian di kenduri kawin.aku balik tidur di kulim.malam tu siap2 gi makan dekat kedai char kuay tiow.petang tadi aku dah nmpk dah nama kedai tu sungguh special.aku pergi celebrate dengan mama papa of course paklong join aku.hee.balik pada makan singgah kedai kek.ajak tokcik datang makan kek yang dia teringin nk makan tu.pakteh pulak menghidupkan api untuk aku tiup lilin kek bufday.huu.terasa macam budak kecil la.hee.terima kasih pakteh.dah lama tk tiup lilin kek.HAPPY BELATED BUFDAY FARAHK!moga pjg umur dan murah rezeki.semoga aku dpat menempuh alam kehidupan ini dengan lebih matang.terima kasih YAAllah kerana mengizinkan aku melihat dunia hingga kini.amin:D
  • last day:23.02.2009-












sebelum pulang ke Port Dickson.mama n papa memerun/bakar sampah di halaman belakang umah maktok yg giler luas.tak larat buat 2 orang.hehe.acu aku belikan cendol sg ular.sedap.tanpa plan apepun,tetiba mak jang kata nak buat pasembor.tokcik nab pulak masak nasi lauk daging,kari dan berbagai.pak ngah belikan roti canai.sedap2 belaka.terima kasih.gembira sangat!mana taknya.dah lama tak berkelah di belakan rumah maktok.byk nya nostalgiknya disana.kena tungau la.mandi sungai la.mmg happening waktu dulu2.erti kata lain,bahagianya aku!balik dalam pukul 3 pm.hujan lebat mengiringi aku sekali lagi...seolah menangisi perpisahan ini.puas betul aku kali ini.Alhamdulillah.sepanjang perjalanan byk berlaku accident.mungkin sebab hujan lebat,jalan pun licin.haih,hati2 la bawa kereta tu.,.jgnla laju sangt dong!huu.SEKIAN,TERIMA KASIH.
~FARAHK~

Thursday, February 19, 2009

REHAT & AKU

TAGLINE:teruja nya..ahaha.dah lama tak jejak utara.padahal bln 12 aritu dah blik dah.hee.

esok aku nak balik kampung dah!.......
mahu hadiri perkhawinan 2 pupu aku.!
so,sambil blik kg..sambil aku tenangkan fikiran di sana jauh dari blog ini.
otak aku sungguh serabut.
ntah pape lagi aku akan merapu dalam blog ni kalau aku tak rehatkan minda aku.
heheh..
yiee.......FARAHK BALIK KAMPUNG..AKU BALIK KAMPUNG..bla,bla.

*psst,peringatan!handphone aku akan dioFFkan serta merta bermula jam 6 pagi hingga hari ahad.so kalu tak balas sms korang,x angkat call.faham2 aje la ye?!kejamnye!ahaah.bukan,aku malas nak topup dah 2 3 ari ini.sure abis tak sampai beberapa ari pun.heee

she leaves....

TAGLINE:sedeynye haih.!mesti best kan dapat bljar kt overseas.

qamalyia mahu fly trus ke aussie.really sad!dia nak amik accountancy.she's lucky person eva.gud luck okay!ouh,find me de mat saleh one ya!!please qamal.hikhik.

_EDITING PICTHA_
~TAKE TIME 4 DONE IT~
from left:qamalyia,pah aida,farahk,bella

btw,dalam kitaorang dok gelak besar dan antara pelanggan yg pling lama dok kt situ..tetiba ade seorang lelaki yg iras2 abg susu.what??dia ka?knape dia pandang dkt aku seolah2 mengenali aku ?ala.......kalau lah itu dia..apelah yg aku mampu buat.dia dah ade gf dah.he's the one that i admire most melebihi ostong alob,Yi,hemaraj at the school!tp skrg hanya tggal kenangan sahaja.takpelah ADE AKU KESAH?mUahaha..

oh ye!!
aku tak reti edit guna photoshop.jd mcm ni plk.!klakar je..

Wednesday, February 18, 2009

hekhek...muahaha

TAGLINE:TAG,WITH TAG AND TAG..take it or leave it.easy right!!
di tag oleh kak gie ku syang,.

1. Go to your photo folder in your computer
2. Go to the 6th folder of photos
3. Go to the 6th picture in that folder
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged..

HERE THE RESULT:

haha.sejujurnya inilah gambarnya!!ahahaa..gambar bradpitt.so guys..enjoy!

(*mampuih aku kalu brad pit tgk and dia saman aku)

so,i want to tag them..:

  • tasha
  • natalya

who else ya?sape2 yg mahu di tag,silakan oke..love you guys alots!


1 question:

i ask my few friends about WHAT IF I WERE A QUEEN?muahaaha.
so,here they are,even not really answer mine!it' okay..check,check

nadzir said:
"i don't know what will happened to this world and its entire life"
faRAHK said:
"amboi ko nadzir,teruk ke aku ..ahaha"

fatin/ruhaya said:
"i'll be your princess"
faRAHK said:
"im not ur mother,no and never!or maybe you just want to say that you'll be marriage with my prince(son) la!!"

nida said:
"owh,bahagia coz ade raje yang ensem!erm,org yg kuat aje ly jadi sebab hidup kerabat diraja berprotokol giler.tak bebas."
faRAHK said:
"mane la kau tahu raje(suami)aku tuh ensem.ni pengaruh cerita PRINCE AND ME la niyh.haaha"

nora said:
"okay lah untuk 7 orang kerdil"
faRAHK said:
"bertuah btul ini anak"

izah said:
"im proud of you.but please do it something like that for me.means find me a king so i can be a queen"
faRAHK said:
"ahaha,nak juga!insyallah kalau aku betul-betul seorang permaisuri"

*ini semua hanya la angan-angan semata-mata.tak mengharap pun.just for fun.actually,entry aku semakin membosankan.idea masih belum mengelilingi otakku.huhu

am scout ..

tiba-tiba aku teringat hal lepas..kenangan bersama geng pengakap!tak silap aku,ini sewaktu hari sukan sekolah tahun 2008(last year ar)..tarikh nya tidak pasti.herm,22/02 atau 23/02.haa,beberapa hari lagi genap la sethun gambr ni ku ambil dr amirul..penat giler latihan.mmg sampai tahap give up sebab time training untuk kawad ni..masing-masin malas nak datang,memang tak cukup orang.tgk kadet remaja sekolah hampir setiap hari penuh aje ahlinya.memang serius fed-up!huh..tapi akhirnya berkat doa kitaorang yg form 5 ni.nak buat sesuatu yang bermakna dalam hidup.meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri masing-masing.kami adalah juara...muahahaha..sudah lama kadet remaja asyik bolot je kan.giliran kami pula sekarang dan sekarang dengar cerita.sekolah aku itu tidak lagi menganjurkan pertandingan kawad tersebut.hu,b0sannya kalau gitu.haha.hadiah yang kami dapat adalah pensel GIANT!haha..ape daa..punya semangat dengan penuh keazaman lagi.

there is sumthin' i love about it.the style,same movement!adorable!!no wonder right,we won it??heheeh.my leader,alvin chin and all..you guys are great.miss you alots.:(.this is our last happening moment and for school too i think.there's no other like us anymore.huaha..miss my ex-teachers,pn rosilawati,ustazah hasimah,puan ann,ustazah amy.hehe,puan siti fatimah and more..rindu tak agaknya pada kami,cikgu?

Tuesday, February 17, 2009

Dunia..oh dunia sementara! perhatikan aKU..

Perhatikan aje la ,,kejap je!
Sebelum nafasku terhenti,sebelum mataku tertutup..aku ingin smpaikan hajat dan impian aku.pelbagai pekara yg semakin sukar untuk kita kecapi skrg ini.lebih-lebih lagi dlam mengejar cita2,mencari pasangan hidup..aku juga ingin cari nikmat hidup yg terbaik namun apa kan daya.Dia maha berkuasa..ini ceritera tentang kehidupan manusia .sering kali aku melihat jatuh bangun seseorang berdasarkan nafsu dan hasutan syaitan.orang nya berilmu dan ada yang tidak berilmu.ada yang bongkak dan ada yang merendah diri.ada yg beriman namun terpesong pula akidahnya.ada yg hina dipenuhi maksiat dalam diri namun akhirnya kembali ke pangkal jln.MasyaAllah.siapa la kita untuk menilai seseorang itu..pandai atau bodohnye orang itu.miskin hina terus menjadi kaya.!
itulah takdir Sang pencipta segala kehidupan.org yg kuat sering mengherdik mereka yang lemah..tak sangka pula selepas beberapa thn menghilang akhirnya bertemu jua dalam kesesatan mencari arah.dengan takdir Allah.2 orang hamba ini berjumpa.masing2 bertanya khabar.namun tergamam si kuat ini apabila mendengar bahawa si lemah menjadi seorang yg kuat.malahan miskin papa kedana nya dia dulu telah berubah mnjadi seorang hartawan,dermawan.dari sudut ilmunya dahulu seorang yg tidak bijak..gagal dalam ujian.namun benarlah apa org kata,"GAGAL TIDAK BERERTI SELAMANYA GAGAL!"dan kepada hamba Allah yg kuat dahulunya bertukar sebaliknya.dia kemudiannya berasa malu dan terus menangis memohon keampunan kepada Ilahi.sambil terus dilihatnya oleh hamba yg dermawan itu.mereka saling berpelukan dan membantu sama lain.
takdir,nikmat dan kuasa Allah tidak mampu untuk kita lakukan,apatah lagi untuk melawan-Nya.Allah menciptakan setiap manusia ada keistimewaannya.walaupun kita merasakan diri kita seorang yang tidak lawa.namun,kalaulah kita dapat berbual dengan-nya. pastinya Allah berkata sebaliknya.wallahualam..tetapi sygnya,cinta sejati kita nan satu itu memberitahu kewujudannya melalui pelbagai bentuk nikmat spt sedih,gembira,sakit.. apa yang mampu kita buat sebagai hambaNYA.berdoalah sepuas-puasnya!hingga saat menghampiri kematian sekali pun ingatlah Allah!kerana Dia jugalah mengatur segalanya ttg kehidupan kita.dan Dia yg menentukan putaran alam ini.
adakah masih panjang laGI kehidupan aku ini?jika masih,izinkan aku mengecapi kejayaan untuk mereka yg memandang rendah padaku.terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang melihat dunia yg tidak kekal ini.ampunkanlah dosa2ku yaAllah serta terima kasih kerana meminjamkan org yg aku pling syg iaitu keluarga ku.Terima Kasih.sesungguhnya,biarpun aku bukannya orang yg glamour untuk dikenali semua cukuplah hanya Allah saja yg mengenali aku.Alhamdulillah..Kau mampu mendengar rintihan hati aku,melihat kesedihan aku,menyelami hati insan ini.wallahualam.

*saat ini aku sebak sangat!:( aku terpikir biarlah aku gagal dalam percintaan di dunia,biarlah aku gagal menjadi orang yg terkenal,biarlah aku gagal mencipta nama dan biarlah aku gagal mendapat perhatian semua kerana kini aku hanya ingin berebut untuk berada dekat dengan Allah!

Monday, February 16, 2009

apabila aku ke dapur kan.......


aku diberi peluang untuk mengasah bakatku.aahahaah.ntah ape yg aku merepek.tp giler seronok.main masak2 ouh..mama aku hanya tolong skit2 je..dan selebihnya dia serah kat aku.ouh lupa lak nk bg menu yg aku buat,arini aku buat soto!!!begedil daging,sambal kicap..yg lain2 oke kcuali begedil.sampai kul 1 pagi aku tggu ketupat masak dan kentang jd lembut untuk dilenyek buat begedil..penat giler.niy gara2 aku teringt mkn kt rumah tasha tempoh ari la niyy..fiuhh.ntah mane2 resipi aku curik kt my resipi.com..dan hasilnya oke jugak!bangga nye..
hasil masakan papa bagi 8/10.2 mta lagik x dapat sebab sambal kicap tu pedas nak mati..aku x taruk gula skit pun.cili padi masya Allah..byk nk mampuih.suma yg mkn terjelir lidah kepedasan.muahhaahah..aku tau sbrnya pedas
sangat!that's why aku sediakan air sirap.huuu.untuk mereka khas dari aku.aku betul2 puas hati biler comment yg diterima positif belaka.naik giler dibuatnya terbangga sgt2.ahaha.
hehe..kawal2 nafsu kegembiraan ku..hehe..riak nye aku ni.maafkan aku yaAllah.aku btul2 ikhlas nak jamu org makan x sangka pula mndapat pujian.hee

Saturday, February 14, 2009

perasaan



trus menerus aku ingin gambarkan ciri-ciri lelaki yang aku minat dan lelaki yang aku agak meluat sedikit sebanyak.huhu
(*xpekan aku nk bagitau semua ini??hanya angan2 semata dan diriku bukan la gedix!ahaha)

aku buat fakta aku sendiri loh

lelaki yang aku minat:




  • masyaAllah,susahnye nk jumpe mereka!tapi hakikatnya aku mahukan seorang yang penyabar.


  • seorang yg mampu bimbing aku ke arah kebaikan bukan kejahatan.


  • tak mengapa lah tak handsome pun.betul apa yg aku katakan sekarang niy.sbb kebanyakkan yg aku minat,mama mesti perli "x ensem la dik" hehe.


  • kenin tebal!harus.huhu


  • pandai masak..wajib!ley la join aku masak kat dapur.xde la terkial kial sensurang nk kena masak.muahaha


  • aku suka jika lelaki itu sentiasa pandang ke hadapan(positive thinkin')






lelaki yang aku meluat sungguh,mintak simpang dapat org yg sebegini.amin:






  • kuat mendesak

  • kuat merokok


  • terlalu sosial


  • jenis yg tak fahe bahasa


  • terlalu asyik duniawi.


  • merasakan dirinya btul(egois)


  • tak suka nak memaafkan kesalahan orang.


  • dah sah2 ada gf , tetiba pulak nak cari kita,kalu nak berkawan x pe la.ni bg ayat yg gila..eeuw,Allah jauhi aku org sebegitu!aku geli nk mati.



miliku

ape la aku nak buat hari ini.bosan nya!

hermm..aku nak sesuatu yang baru dalam hidup aku lew.aku nak ubah penampilan,aku nak tukar handphone,aku nak laptop!ulang lagi sekali,aku mahu laptop!tak kire la brand nya ape tp mostly aku minat sangat apple..kalu papa kata acer?!tak mengapa lah.aku turuti sahaja..tapi betulkah impian itu bakal tercapai?herm,papa ada kata mahu beli tapi lambat lagi la kot.SABAR..Allah uji aku sungguh!aku letih la guna komputer niyh.wayar berselerak sungguh.susah nak kemas.ee ai!banyak betul ragam aku ni.tak pernah nak bersyukur dengan nikmat yang ada.apa lah farah!.huu.tapi setiap barang yg aku miliki asalkan aku kata mahu yang baru.mesti byk ragam.rosak lah,pecah lah,tercabut lah.seolah-olah menunjuk perasaan pada aku.maaf kan aku kerna tidak menghargai mu wahai barang-barangku.handphone tu sebenarnya aku tak kisah mana pun.rosaknya bukan la menyusahkan aku pun.masih lagi boleh hantar sms,mms,call orang tp kena loudspeaker la.kadang-kadang orang tak faham handphone aku rosak..dia baik kejap lepas tu sakit balik.haih...give up aku nk terangkan kat semua.kalau sepuluh org tnya masak aku nak jawab.melalui posting niy.korang baca la mengapa aku x angkt phone korang selama ni.phone aku ni kena loudspeaker bila org call.atena dalaman nya rosak abih dek kerna ku tercampak kuat sebelum exam aritu.tension nk exam dan org asyik call mana x bengang kan.huhu.s0,aku ni selalu dikelilingi orang ramai..slalu kuar mcm "public figure" stylenya.asalkan aku kluar jumpa orang ramai,ah time tu la masing2 sebuk nk call.adeh.hikhik.abaikan itu semua.yang penting aku masih manusia yang penyabar.hee.

Friday, February 13, 2009

kn0w them please..

  • entry aku ari ini menceritakan rakan sekelas yang akrab dengan aku..mcm adik beradik taw!

  • lets start wif she:


  • atiqah/arabella/ketupat/ati

  • she really have good personality
  • excellent in mode math,account
  • sumtimes garang 0uh.:P


ashiqim/qim

  • she love sejarah i guess
  • drive since her in form3.fulamak!
  • but sumtimes i takut nak tegur dia.hee.ya lah.she's serious type.

fatin/pau/xde perasaan/ketua kelas(b0ss!)


  • she's so quiet one!
  • love science
  • bila naik hangin,satu klas senyap.haha.kecuali aku..

tasha/agogo/rendang/sha/tash


  • so many boyfwens..kejap2 giring nidji tuh,kejap2 ariel,kejap nadal si teni tuh,kejap2 ank muthu samy..ad0ii.
  • fuh,englishnya tahap advance,expert..bla,bla
  • table-mate aku since form 3-form 5.last two year ni meja kitaorang depan sekali berhadapan meja cikgu.
  • dalam class kitaorg pling byk cakap dan kena marah slalu sengan cikgu.ahaha.

natalya/nat/pah aida/aleeya/nata de coc0

  • she's mostly de okay one!ahaha.x byk comment.ikut je.
  • mulai rapat since last year until now.
  • cute aje orangnye.

and last

farahin/tuan blog niyh/farahk/lemang/ostong alob/MAnje/lanun jawa

  • x brapa bole nk jangka perangai nya.ahha
  • mereka kata aku 'CEMAs'
  • dibuli oleh mereka di atas ni
  • love time bm,anti time klas ict.huu
  • mnjadi perhatian.muahaha.


*lebih senang untuk cerita,hidup kami slalu ada pelbagai kesah.mereka di atas takde la byk comment kecuali yg si tasha tu.aahaha.ade je nk bidas blik cakap akak yg sulung niyh.jgn dek.hikhik.i love you all very much.hope we take care our fwenship forever.kata nak masuk kolej sama2 ya?ahaha.muahh













Thursday, February 12, 2009

thanx tasha........

sepatutnya bufday aku 21 febuari..huu..kec0h kanZ??!tapi disebabkan teater ni aje la tempat and hari ktaorg nk hangout.nk hangout 21 febuari x bole cause aku blik kampung kan..balik pada cite sebnar,da sampai umah tasha tu,aku tgk kt tgn dia ada hadiah!!arghhhhh...dia bg aku and tenkiu giler..balik pada teater,dia suh aku bukak,then aku bukak lew..tgk2,my feveret cokolate in my genggaman.ahahha.trima kasih lg sekali.luv you.
da ilang 6 cokolate?..hee

continue

sampai je kitaorang di istana budaya..kelihatan nya sungguh ramai sekali.ku lihat di sekitar itu dikelilingi poster hang tuah dan gusti puteri.waduh,lagi buat kitaorg teruja.aHHaa..tepat kul 3,pintu panggung sari dibuka and orang semua serbu masuk.termasuk kami!mudah je cari seat kami!dekat dengan krew technician yang menjayakan teater itu.huu.hampir 10 minit..mc tu membebel"anda diminta off kan handphone","simpan kamera"..bla,bla.teater bermula.kelihatan raja majapahit(ac mizal),gusti puteri/puteri gunung ledang(tiara jacquelina)..apa lah yang mampu aku ungkapkan lagik,selain menakjubkan.sehingga saat ini masih terngiang-ngiang suara mereka membangkitkan watak masing-masing.cara pembawa watak hebat,cahaya dan susunan set memikat hati orang lain serta aku juga lah!ada part tu,pelakon sampingan menari dan menyanyi..waduh,aku terpukau melihat lenggokkan mereka.hehe.tiba scene raja majapahit menyanyi dan menari bulu roma naik tiba-tiba.wow,aku suka!cerita ttg part yg menarik lagi,aku suka apabila adengan puteri gunung ledang muncul sesudahnya rombongan peminangan sultan mahmud(adlin) sampai yg diketuai datuk laksamana hang tuah(stephen rahman).. permintaan beliau yg sebenarnya ingin menolak lamaran sungguh mengagumkan.!lontaran suara puteri gunung ledang sungguh lantang berentakkan muzikal api kemarahan.teringt juga satu scene ini,raja ahmad,anakanda sultan mahmud ingin membuka silat berlawan dengan hang tuah..di situ adengan cukup kelakar.dan setibanya sultan mahmud beliau berkata pada anakandanya"kamu nak lawan dengan angsa" or sumthing like that(sorry,if silap)..tapi kelolohan sultan mahmud tu bersahaja lawaknya.pastinya semua tertawa.magik diselitkan juga!hanya PGL kali ini yang ada magis.huuu.gusti puteri/puteri gunung ledang ingin berjumpa kekasih hati,hang tuah dan melalui pertolongan embok(ida mariana),beliau hilang dari mata pandangan penonton.
aku mulai mencintai teater.terima kasih PGL membuatkan aku sungguh terpegun!hee.bagi sesiapa yg berkesempatan menonton PGL.apergi lah dan alaminya sendiri.pelakon sampingan mereka juga begitu mantap sekali menampilkan setiap adengan...ini yg terbaik dalam hidup aku kerana ini kali pertama aku jejak kaki ke istana budaya,pertama kali aku tgk teater,pertama kali PGL ada magis dan sedihnya,season ini adalah terakhir untuk tiara jacquelina:(

semua bangun memberikan tepukan yg gemuruh untuk mereka.act,depan aku sekumpulan mat saleh.aku tgk mereka enjoy and aku tumpang gembira serta bangga menjadi warga malaysia..huu

Wednesday, February 11, 2009

Puteri Gunung Ledang a.k.a PGL



hari ini kenangan paling indah buat aku.selama ini tak pernah terfikir pun aku akan menonton teater.ahaha.


macam-macam hal berlaku..hampir aku tak mahu pergi kerana ingin menjaga hati mereka.tapi aku memang mahu pergi sangat-sangat!saat yang aku paling tak jangka..pak long aku belanja tiket teater PGL sebagai hadiah hari lahir aku yg bakal tiba 21 febuari ini!terima kasih pak long.terima kasih..terima kasih juga pada papa aku,sanggup ambil cuti untuk hantar aku gi istana budaya.heee.


harga tiket RM183 sebenarnya,tp discount 15 peratus..dapat la murah skit.



dalam pukul 11 lebih aku pergi amik tasha..mkan tgh hari kt pelita then trus ke istana budaya...agak ramai yang hadir untuk menonton..seriously,aku dan tasha excited sangat!first time la katakan.

Sunday, February 8, 2009

perjuangan

perjuangan aku masih belum selesai..masih banyak yang aku belum tempuhi dan aku insyallah akan bersedia menghadapinya.Aku tak mahu peduli sangat dalam pelbagai konteks yang sedia ada.kalau dulu,aku dipijak,,dibuli,dicaci,di herdik,dipinggirkan,di salah ertikan..dengan satu perkataan,MENYAKITKAN.Aku tak mahu itu berulang dan sesiapa yang aku benci waktu ketika dahulu di zaman persekolahan,aku maafkan mereka.terima kasih kerana mencalitkan kenangan indah aku.dengan yakinnya,zaman persekolahan aku tidak menyeronokkan dek kerana mereka!mereka yang membuatkan aku sedih..hanya teman rapat yang menggembirakan aku.thank you. tp segala hal yg terjadi membuatkan aku lebih dewasa dan matang.so,im ready for a new world begin.

lupakan hal tu,kerana hal itu tidak akan kembali lagi dalam hidup aku..

apa yang aku fikirkan adalah masa depan aku yang bagaimana.aku harus berfikiran positif terutama dalam mengejar cita-cita.kamu mesti pelik jika aku katakan aku masih keliru dengan pemilihan course!serius..namun masih ada cita-cita yang aku impikan..cerita tentang diriku,aku ni seorang yg kuat berimaginasi.sampai orang boleh kata aku ini gila kot.huh..aku x peduli..aku meletakkan diri aku seorang yang ingin kerja kuat mencari kesenangan hidup (jgn pula orang kata aku tamak haloba?bukan..insyallah itu bukan sifat aku)...aku sengaja ingin mencari kesenangan sedikit demi Allah kerana segala harta adalah milik Allah..dan jika aku gagal menggunakannya,aku pasti Allah akan menarik balik nikmat hidup aku.aku pernah baca dalam teks tasawur dimana,mmg lumrah manusia mencari nikmat kehidupan sebaik mungkin.moga aku tidak menjadi orang yg lupa diri..
dan yang pasti..aku akan berjuang mngejar impian aku.segalanya ku lakukan demi Allah.cinta aku pada Allah lebih dari segalanya.
jahilnya diri kita jika kita dapat merenung kesalahan kita.jangan hanya menilai kebaikkan diri takut nanti riak!ingat Allah sentiasa melihat perbuatan kita,mendengar luahan kita..nauzubillah min zali'..

Friday, February 6, 2009

followers...

to all my dear bloggers,
i want welcoming you here my pleasure..
we'll keep in touch ok,and bring the world of blogs are so happening.huhu

Monday, February 2, 2009

SYABAS!

Ahad, 01/02/2009 - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza.

universiti,kolej ATAU form6

pilihan anda?haha..
setiap individu ada pilihan masing-masing.tapi kalu korang tak capai mana2,apa yang akan korang lakukan?aku?aku ni masih terpinga pinga tp dah adalah 2 atau 3 tmpt dalam otak dan kirenya tk dt mana2 adlah juga tmpt blajar lain yg dah masuk dalam pikiran.bagi aku mudah je!asalkan korang nk belajAr..adalah tempatnya!ingat!!herm,balik pada perbandingan yg aku nk buat..

universiti..
ada swasta dan ada awam.3 febuari 2009 tarikh penting!ingt!mohon ipta sehingga la lpas kuar result(10 hari selepas bekerja).permohonan ipta ini menawarkan program asasi atau diploma and byk universiti tak terlibat.UKM,UUM,UMS x join..lupe lak,swasta ni oke la jugak mcm MMU,UNITEN..laku pelajarnya taw.tp wang menjadi taruhannya lah.huu.

kolej..
punyalah byk kita dgr seperti ALIF,RIMA,SRI..tak berapa femes and mahal!aduhai..tapi kalu kita dgr LIM KOK WENG,TAYLOR dan SUNWAY,masing2 berebut pulak.hihi.bagi yg mampu masuklah tp bg yg tidak,jgn la berangan.mahal tuh!lain la kalu ada scholarship and pinjaman pun faham2 ajela mahal nya.
bukannya tak da kolej yg sederhana harganya..KOLEJ KOMUNITI,KOLEJ MARA,KUIS..murah la jugak.tapi kalu korang nak juga yang mahal!terpulang lah pada korang.bukannya duit mak bapak aku.huu

form 6..
ramai pandang rendah terhadap warga STPM.kenapa ya?korang tahu?org yg pernah masuk form 6 lebih hebat kerjaya nya dr org yg tk ambil.serius!bukan la org yg tk ambil bererti x hebat!cuma kebanyakkan form 6 berjaya menjadi seorang berpengaruh dan berpangkat!herm,aku tabik org yg mngambil STPM.

so,dah pilih dah arah hidup?mana2 pun pilihan korang x kesah la.suma org nk yg terbaik!btul x?asalkan elesa dan pling penting ada sign MQA!kalu xda tu,sijil,diploma,degree,master,Phd. tak diiktiraf tau!sekian,wasalam..

pelbagai website

aku main lanyak je website2 berunsurkan profile,blog,photo dan pelbagai..adeh..byk giler sampai aku da tak ingat sudah!
aku cuba ingatkan balik ya~!!!


  • myspace
  • friendster
  • my yearbook(latest join)
  • photobucket
  • blogspot

*ade tu aku penah masuk: cari,my playlist,seventeen,byk lagi la..facebook dulu pun ada!tagged,flickr..bla,bla sehinggakan aku tak ingat langsung password n id aku..huuu.

p/s:so guys,jgn jd cam aku..hehe.da sign up pandai2 la simpan password tu.:P