Sunday, December 25, 2011

coklat.. siapa nak order.. :)




ok. ini percubaan saya yg pertama, sudah ada yg order.. just capture skit2 jap. sos sesapa nak order .come2, jgn malu2 untuk bertanya:). i will do my very best .hee. contact me through email, crewsoy@hotmail.com

Saturday, December 17, 2011

mek lopa i nak dtg dah! prepare, prepare.

Penjagaan Anak Arnab
Pada kebiasaannya, ibu arnab akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Akan tetapi jika berlaku situasi dimana ibu tidak menyusukan anak atas sebab kurang mahir, atau kurang sihat. Maka perlulah, kita membantu, dgn memegang ibu arnab secara terlentang, dan meletakkan anak-anak pada puting susu. Arnab-arnab yang sihat akan mula menghisap puting untuk mendapatkan susu. Perut anak arnab akan kelihatan keputihan dati bawah sekiranya ia memperolehi susu secukupnya. Jika dilihat dari atas, bahagian perut akan kelihatan cembung ke tepi menandakan ia dipenuhi susu
Rutin in perlu diulang 2 kali sehari, sekali pagi sekali petang sehingga arnab berumur 14 hari.
Pastikan ibu arnab dibekalkan makanan berkhasiat untuk penghasilan susu yang baik.


Bagi kes kematian ibu, anda boleh menyediakan campuran susu dan menyuap anak arnab menggunakan picagari 2 kali sehari.


Penjagaan Seharian


Pagi : Bekalkan makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar.Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik.


Petang : Tambah makanan(pellet) dan bekalkan rumput "hay" atau keledek.


Malam : Tambah makanan yang baru dan segar serta isi bekas minuman dengan air minuman yang segar. Bersihkan segala najis serta kotoran.Periksa jika makanan telah dimakan dan najis adalah normal. Periksa juga jika botol minuman berfungsi dengan baik. Arnab makan lebih byk pada waktu malam. Hampir 75%


Penjagaan Mingguan


Bersihkan tempat arnab anda. Sikat bulu arnab anda(jika arnab anda baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab anda dengan berus yang sesuai.Berikan arnab anda sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.


Penjagaan Bulanan


Bersihkan dan gosok tempat arnab anda dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab anda ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab anda.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Monday, November 21, 2011

yesa aku plan berhenti kerja dalam masa 2 minggu ni! please Allah let it be. , i have a right to make a decision. its for my future .study and books are my life right now. i will work hard for it. and looking the best job after that! yes, i promise~

Saturday, October 29, 2011

sabah trip:

 sesungguhnya aku hanya merancang! Dia yg menentukannya.cuma bersabar dan teruskan perjalanan sebelum tarikh itu tiba. hee. Insyallah, ada rezeki sampai lah.

first, aku nak pergi sipadan!haha. berangan! jauh kan dr kk.so aku decide nak buat perkara yang sama di tunku abdul rahman park! just sea walking kat area pulau sapi.

then., tak lengkap rasanya kalau tak pi ke lereng mount kinabalu, kundasang! haaha. ok,ok situ! pasti.

pasar2 yg ada di kk akan aku redah! handicraft la, city mosque, jesseltonpoint waterfront, kk espland, philipin market, gaya street. comin soon.* nak makan seafood! tak kire.

last, sabah agriculture park

sebenarnya thn depan bulan julai br pegi! hahah. lama kan? biar lah. haha. preparation aje. tiket flight dah beli dah pun masa tgh promo low fare aritu. pergi balik rm 64! sape tamau.muahaha. best! so dengan otak aku yg giler, aku rasa Insyallah aku bole survive! hotel takyah grand sgt! tidur ala2 backpackers tu! mmg pun. airasia tu aku tak amik baggage fees. gasak la!, mak aku tak leh beli souvenier. haah.telan dalam mulut sementara tgh check bag. bole,bole!heee.
perjalanan tu : Insyallah, beautiful has been create by HIM..

pergi>19july 2012 ( KHAMIS ) jam 1210- 1440
balik<21july 2012 (SABTU) jam 1855-2120

* hahha. korang rasa dgn inetiary aku buat tu..sempat ke nak berjalan sana sinin? haaha

references: http://www.sabahtourism.com/ dan http://www.sabahbackpackers.com/online/ (for those who want save a budget)

Tuesday, September 6, 2011

3 tempat.pilih la, pilih.

hrmm either sabah, sarawak atau bandung! manakah pilihan anda?ape pulak..pilihan aku la.aku pun tatau tgh dok merancang sbb esok rasenya tiket air asia murah!bhahaaha. selamat membeli!haha

Monday, July 4, 2011

saya nak jamu kawan nti

  1. nak buat nasi mentega.
  2. ayAm masak merah
  3. kari telur
  4. pengat pisang
nasi mentega ni memang kegemaran famili.dimakan pula dgn daging itam.ohsem.cuma kali ni tak buat daging itam sebab rempahnya tado.haha.takpe2 ganti ngan 2 menu di atas dah bagus dah!

resipi nasi mentega ,(6org makan)
  • 4 cawan beras(dibasuh dimasak mcm biasa,)
  • 2 sudu mentega/majerin/minyak sapi*
  • 1 biji bawang merah/putih*
  • daun pandan sehelai.
  • bawang goreng(perhiasan)
(*)goreng dulu bawangnye,.br masuk dalam periuk nasi td tu.

ayam masak merah(resipi mak)
  • ayam sapu2 dengan kunyit untuk goreng
  • satu cawan cili boh/cili kering(diblend)
  • gula&garam cukup rasa
  • air asam jawa cukup rasa
  • bawang merah& putih byk2 biar bg sedap giler bau.
  • 1btg serai
  • 1 inci halia
  • sos tomato
  • kayu manis,pelaga,cengkih,lawang(setiap satu)
cara2:
  • setelah goreng ayam..ambil skit minyak dia untuk buat sambal
  • blend bawang2an tu dgn cili.
  •  start tumis bawang merah putih  halia+kayu manis,pelaga,cengkih,lawang..
  • masukkan cili diblend tu ye!
  • letak garam gula cukup rasa..sos tomato..air asam jawa dan serai
  • dahtu letak la ayam kacau2.tu je:P
pengat pisang!tunggu kome.
sbb aku ada cr kt my resipi.nyumnyum.
resipi yana my resipi

  • satu cawan beras pulut
  • 3 biji pisang nangka (buang kulit dan potong dua)
  • 3 @ 4 cawan santan
  • satu keping gula melaka
  • gula
  • sedikit garam
  • daun pandan @ bunga cengkih

Cara-cara

  1. tanak beras pulut.
  2. sementara itu, masukkan santan, pisang, gula melaka, sedikit garam. dan daun pandan. masak hingga mendidih. kalau xde daun pandan boleh diganti dgn bunga cengkih.
  3. tambah gula jika kurang manis. bila dah masak boleh la dihidangkan bersama pulut tadi.

kari telur(amik dr org)
BAHAN-BAHANNYA:
Telur (direbus dan dibuang kulitnya)
4 biji bawang merah *
3 biji bawang putih *
1 inci halia *
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
3 s/b rempah kari ayam / daging
1 s/b serbuk cili
1/2 cawan susu cair / santan
3 cawan air
Sedikit daun kari
2 biji cili hijau (dibelah 4)
Sedikit minyak
Garam, perasa dan sedikit gula

CARA-CARANYA:Tumbuk bahan yang bertanda *
Panaskan sedikit minyak didalam periuk, buah pelaga dan bunga lawang bersama bahan tumbuk hingga garing,
masukkan rempah kari & serbuk cili
Tumis hingga garing,
masukkan pula daun kari dan air, biarkan mendidih,
gaul seketika,
masukkan susu cair dan gaul lagi hingga menggelegak,
masukkan telur, cili hijau, garam, perasa dan sedikit gula,
biarkan kesemua bahan sebati dan masak bolehlah ditutup apinya.


Friday, June 17, 2011

Allah.sungguh aku cinta pada Mu .jangan biarkan aku sendiri menjalani kehidupan tanpaMu.tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.Allah,kehidupan ini hanya sementara.hidup dan matiku di tangan Mu.aku ibarat pelakon yang melakonkan setiap perwatakan di atas muka bumi ini.Sesungguhnya aku sedar,dunia ini mampu hancur sekelip mata dan bersediakah aku waktu itu?dosa2 aku terlalu banyak padaMu, aku takut tak sempat memohon taubat di atas kekilafan aku sendiri.Niat aku untuk berubah masih ada dan sehingga kini aku masih cuba perlahan2.Allah,izinkan aku menjadi anak yang solehah., yang memahami kehendakMu, yang mencintaiMu, yang sanggup berjuang demi Mu.Allah tunjukkanlah aku jalan supaya kau redhoi setiap apa yang aku lakukan.masa depan itu pasti akan berlaku cuma belum ketahui apa isinya.aku rindukan Mu Allah.jangan biarkan aku berpaling dari untuk terus memuji Mu.Benarkan aku menyampaikan nasihat pada mereka yang lain untuk peringatan buat diriku jua dan mereka.aku lemah ya Allah.aku terlalu hina.tapi Kau masih menyayangi dan kadangkala aku cukup terasa nikmat yang Kau beri.Dugaan,dugaan datang dan pergi dalam kehidupan aku dan hambaMu yang lain.perit,sayu,pedih rasanya.tapi sedarkah kami!sebenarnya itu adalah peringatan dan kasih sayang Mu.Kau beri kami laluan getir itu untuk kami sedar bahawa sebenarnya kami lalai dan leka terhadap Mu.Allah,tetapkanlah hatiku untuk terus mengingati Mu.terimalah doa aku.permudahkan urusan aku.aku rindu pada Mu ya Allah..aku rindu pada Rasulullah S.A.W.terbukti memang hatiku kosong jika leka dengan duniawi.akan aku berjuang demi Mu untuk mengaut segala Ilmu yang ada di dunia untuk bekalan di akhirat.akan aku terus berdamping dengan insan2 yang berjuang demiMu.akan aku bersama mereka untuk terus memperbaiki hidup aku menjadi lebih baik.Insyallah.Allahuakhbar3x

Saturday, June 11, 2011

aktiviti di melaka

19jun2011 ni ingat nak ajak izzah tidur melaka.so,mcm best je bila dapat spent time sama teman tersayang.
aku ingat nak bawak pi main buggy car dekat Ayer Keroh.  http://x-motorsport.com.my/ .Then, main kayak kat tasik Ayer Keroh!!.mesti gempak!tak sabar aku wei!haha.mungkin aktiviti sampingan makan di ikan bakar?haa.atau dekat kedai abg arif SSM!wehuu.
mungkin zoo melaka,dataran pahlawan ada dalam list .zzZZ.

Im waiting for that moment.Insyallah,akan hadir masa itu.Allah,tQ so much.I LOVE YOU MORE THAN MY LIFE AND FAMILY.

Thursday, June 9, 2011

semester akhir untuk diploma

stresss!nak pilih group assigment kemain payah.padahal dah berkurun aku dok sini.agaknye kalau aku pandai ..mesti bagus!suma org berebut nak buat assignment dgn aku.tp dgn syarat.diorang ketuk la aku.harap kat aku.Alhamdulillah aku sederhana untuk itu.org tak amik kesempatan dan aku bole juga buat kerja.Alhamdulillah.

semester akhir ni aku amik 6 subjek.

International Business-group assignment pending!
Company Law-pending
Business Ethics-with naz and yet pending
Managment Accounting-dgn tyra,huda,fifi(yg tak pernah aku bekerjasama!haaa!how la..hopefully ok2 je)
Malaysian Studies-bella,ama,mia,che norlin.
Islamic Studies-pending

suma pending lagi ni!!!zzzz

Friday, April 29, 2011

malu nye

arghhh...sedang asyik aku baca satu majalah tentang jodoh..tibe2..ada org menegur aku dr belakang."uish baca pasal tu", aku dgn blur nye tutup cepat2 majalah tu!adehh.,malU.tp lepas dia tgk majalah apa aku baca,dia pun galak bersembang ngan aku!aku tnya,dia ada majalah dulu2 nye edisi tak?dia kata adea!!so!!!!korang rasa?ofcos le aku nak pinjam!hhaaha.gatai!*for your info,abg tu la aku suka!abg tu la aku bharap dia adalah jodoh ku.ok!!too much!haaha..(layan je org mcm aku,syok sendiri).tp bayangkan kalau kita baca kisah tips2 mencari cinta dan tiba2 org yg kita minat ada di belakang>>??haaa,x malu lg ke?cehh..harap2 dia cool!Allah,takkan aku putus harapan untuk berdoa..selagi mampu untuk aku berdoa!Amin

Thursday, April 21, 2011

Sunday, April 17, 2011

Kota SINGA

ce citer..ce citer?
hahah.yeh moh den cito!

hari jumaat lepas,eden ambil cuti .praktikal mana la bagus minta cuti2 ni?haa..tp sebab aku dah plan lama.terpaksa juga amik cuti.satu hari je.melampau kalau lebih eh!!huu.
seawal pagi jam 4, dah gerak ke Lcct.flight kul 6.so aku cam terexcited lebih dok pikir aku nak ke Universal Studio Singapura!!!.weee.
seronok!sangat!!arghh..sampai sana jam 7.jadi terus ke terminal 2.merayap dalam kawasan cari mcd..first2 jd excited sbb tgk 4..haaa.rm 4?no no no. 4 singa dollar loh.aduhai farah ni!senget.masing2 cam da excited kan.haha.lebih kurang jam 9,our tourist guide dtg(kawan anyie sarah!)haa..,kak asmak.dia lah yg bawa kitaorang jalan2.belanja makan!oh thanks kak!
satu hari di U.S tu,memang aku pesan kat korang.at least spare la satu baju buat yg menjaga kesegaran badan!haa.confirm 'berlengaih'.and some part tu,confirm kena ayor!haha.sediakan payung sebelum hujan la suma!bhahaah.happy Hppy  HAPPY!
penat sudah U.S. tu..mlm kami makan di food court sentosa. then trus ke hotel bajet kami,Checkers Inn.di campbell road!w0w~~~i luve.sampai malam nampak cam scary sbb ade ramai mamat india mabuk depan tu.tp kak asmak pesan,dun worry.tak kacau org pun.bila masuk dalam hotel tu!perghh..masyuk!smart!waa..suka!





then esoknye,jln2 biasa..orchard road dan sebagainya.but before tu,breakfast kami makan di tekka centre.its pasar actually ,di bawah tu makanan kami makan2 di kedai mamak!sedap!!!!!!!!!!!!!!awesome!nasi beriyani masyuk!.hahaa.smpai la jalan2 ke merlion .pergi2 tgk singa tade??!rupanya under construction.tugu tu dia buat hotel!haha.so siang tmpt org melawat.malam tempat org book untuk tidur!haha.then singgah skypark di marina bay! dan petang2 jalan2 lagi shopping..trus ke airport.hrmm.penat giler.kaki sakit.




Wednesday, March 16, 2011

masalah duit.aduhai!

sewa tertunggak:rm187
sewa terkini:RM186

bil streamyx:RM .108.62

streamyx kak zack:rm18(bayar ke ana)

400 LEBIH!!perghh!farah!pi bayor le dulu!adeh

Wednesday, March 2, 2011

tempat praktikal.kenapa aku tak pernah bersyukur?

kawan2 semua dapat company gempak.FELDA,PETRONAS,CYBERRVIEW,8TV.perghh.aku takat SSM??(ssm?).korang rasa ape agaknye?ye aku mmg org yg tak bersyukur.
gah nye tmpat praktikal kawan2 aku.aku??actually SSM  ni glamer gak untuk para business woman/men!
sesiapa nak bukak company baru!enterprise!anything berkaitan perniagaan!berjumpalah dengan aku!haah.aku jaga customer services!.borang2 yg tak faham..refer kat aku.Insyallah aku boleh bantu!.
so wahai cik farah!bersyukur la hendaknya.ada makna kau dicampak ke situ!mana tau dapat kerja nanti di situ!haa.kan best!perghhh.
lagipun kau nak dekat sangat!haa dekat la tu ngan hometown kau!adeh..
takpe2.time degree nti kau pi la praktikal kt tv-tv tu!ahaah.
esok kena awal.,pi kerja jam 7 okaip!

Sunday, February 27, 2011

restoran yg perlu ada pergi!

seksyen 7,bandar baru bangi

restoran sup urat kerting=http://www.facebook.com/pages/RESTORAN-SUP-URAT-KETING/366300658225

MONRODS KITCHEN:http://www.facebook.com/pages/MONrods-Kitchen/132324146472


perghh,monrods tu pegi smalam mmg okaei!

yg restoran sup kerting tu perghhh bes gile tgk org penuh!!!

lagi satu!!

yg masuk JJCM td>>http://www.puteraayu.com/ . cunzz!

bangi!oh bangi!i love you..

hehe.sememangnya kalau dok bangi tak perlu risau tentang makanan .kerana byk kedai makanan !dan kesemuanya boleh dikatakan sedapzz!
seksyen 9 selalunya aku round,tp ntah kenapa kali ni usha2 kedai makan.terlihat sesuatu yg menarik dan punyai cawangan di bangi!apa lagi!start enjin lerr.




senang tak senang..aku nak juga share mana kedai aku pi.hopefully petua jalan aku ni membantu!td pun gatai2 buka GPS.huahua.Alhamdulillah,jumpa!



mula dari korang masuk tol bangi.!terus..jumpa roundabout(IKUT JAM 12) atau second exist.laala:P.then teruskan perjalanan..sepanjang perjalanan terlihat dr arah jalan besar..murtabak singapore yg sedap lg gebuzz.itu area 15/1A..korang terus lagi tuk cari..jumpa roundabout kedua..pun masuk ikut jam 12.!!!
haaa..terus..sehingga jumpa seberang jalan ada stesen minyak shell.,petronas.ada restoran selera terkini.haa!korang belok kanan tuk masuk area kedai2 yg aku nyatakan td ni..untuk menuju ke restoran yg aku makan tu,akan jumpa restoran sup kenin(*x salah aku)..perghh ramai tak terkira.oke continue balik..teruss...kedai ni menghadap restoran nasi kandar tanjung!tadaaaaa MONRODS KITCHEN...dah sampai!

Friday, February 25, 2011

tinggal beberapa ari lagi ni!adohai.please be good to mey!please YA ALLAH.
but smlm haha.seriously like a tourist!pergh lotih.sampai tertido2!ahaa

best la jalan2 as the tourist sama siti bakal lawyer .

peace babe!tower oh tower

pin bowl!!!

oh ye!nak praktikal ni!!sangat la takut.hutang dgn kak zack ken selesaikan dgn cepat!rm167..pehtu bayar duit rm 18(yg kak zack potong bil aku) kt ana!untuk bil streamyx...
mood:gelabah!cemas!takut!arghhh

Monday, February 21, 2011

happy 20th birthday to myself




finally!i am 20.dah tua?atau masih muda?kalau buat kesalahan tu dah tade juvana juvana!trus kes dewasa kan?ahaha.so apa aku dapt untuk kali ke dua puluh?ulangin..dua puluh?!!
saya dapat kasih sayang!kasih sYAng!dr semua!bahagianya saya!trima kasih Allah kerana aku dapat melihat dunia sampai skrg.Alhamdulillah.Kau buat hidup aku ceria bersama insan yang aku sayang.semoga Kau murah kan rezeki aku.,permudahkan urusan dan memberi kejayaan dalm hidup aku.Ameen.

Wednesday, February 16, 2011

kalau saya surang sahaja merindui kalian..tidak pula untuk saya.
tak mengapa.sbb Allah sayang saya.Dia sahabat!Dia kekasih hati saya!
jadi saya tak rugi apa2 luahankan kasih pada yg tak sudi:P

Saturday, February 12, 2011

rindu

rindu..rindu aduhai rindu..nmpknya saya ni bukan jenis tahan lasak,yg mampu dok jauh dari family.kejap2 je boleh!kalu lebih 2 hari..ha mula lah!aku sebak sebab doa aku dimakbulkan Allah.aku malu lah.semua permintaan ditunaikan..buat saat ni.aku ada exam!dan...masih blum study!bgus x?harap2 keinginan nak study tu hadir secepat mungkin sbb masa da suntuk ni!esok exam kul 9.,huahua.
lusa exam..mahu tak pecah kepala den!huwarghhhh.stresss.doa je aku ni memanjang.usaha agak kurang.itu yg aku takut.:(
last paper ptg!tp ari yg sama..aku ada 2 exam/adoyai..
lepas tu nk pi jalan2!x kirek!aku nk kluar berjalan!huahua.jumaat sabtu kuar!then,ahad balik naik bas!!!wassup!!huahua

Thursday, February 10, 2011

tempat praktikal..abis belajar sy apply lg!make sure awak call sy mcm mana awak call sy untuk tmpt praktikal

aritu risau tade org panggil,tp bila da confirm tmpat.kemudian berduyun terima call dari company lain.yg sedeh sebab company yg ada nama.watson!bosch(yg peralatan tukang tu),cerebos panggil aku!

mesti ada elaun!!oh ye,yg aku dapat ni SSM.gomen nye.so bila da dapat gomen bermakna elaun tada!
mak aku suh cari yg ade elaun tp..camne!seremban mana ade company2 yg bole la kuatkan aku untuk cari makan lepas tamat belajar nti an an!

nak elaun dan company besar.Kl la jawabnye!KL,KL,KL!busan kot!sesak.haaha.aku suka tmpt berhibur byk.tp skrg cam tak best je sbb masing2 dari taktau pape kl tu jd tau.sbb ye la diorang belajar area2 sana.maksud aku sini.,KL dibanjiri students .penuh!asalkan ke mid,jumpa sana sini org.yelah.sejak ktm beroperasi.cuba tade bnda alah tu.tadenya diorang nk pi.haks.

balik pada tmpt praktikal..bole je kl.tp!!rumah melaka ni kena byr sewa lagi!kalau praktikal kl.alamatnya kena bayar pulak rumah sewa sana an!
sememangnya aku cari PD atau seremban yg dapt elaun!tp tak dapt!huaaaa.sedeh kan.org lain joli ngan duit praktikal.ye la.duit praktikal ibarat duit bekerja la.mmg bekerja pun kan!sayangnya aku tak dapt.takpe la.redha.

ilmu mmg penting.bila praktikal ilmu itu sgt penting!tp atleast hulur lah elaun kan.just untuk byr tambang bas or duit minyak an an!sedeh la pulak citer pasal tempat praktikal!untuk company yg aku apply tu,minta maaf aku tolak.ala ni internship je.nti abih belajar bole tak? call saya mcm mana awak call saya untuk praktikal dgn awak!bole kan!!ok kesudahan!aku kalau bole sanggup praktikal kl atau shah alam.tp rezeki!ulang!rezeki!jgn mengeluh ada hikmah aku dapat seremban yg tiada elaun.i dont mind that.Alhamdulillah.

Monday, February 7, 2011

maaf:(..
minta maaf ..saya byk bersangka buruk!saya minta maaf.nak exam dah lgpun.,time marah tak teringat nak exam.tp bila da teringat cam ..alamak.mencarut2 di musim exam sgt berbahaya!:((maaf...doakan sy.7 paper sem ni.aduhai

Sunday, February 6, 2011

nak pi restoran?(JJCM 2011)

HOTPOT CAFE



Location:H010 Vista Shop Lot, Jalan PJU 10/3 Damansara Damai


Petaling JayaMalaysia47830





WAHAB THE BEST CENDOL


Location:No. 43, Jalan Rampai Niaga 5 in Wangsa Maju

Area Sri Rampai Bussiness Park  + Deret dgn Old Town White Coffee..


facebuk~:http://www.facebook.com/pages/Wahabs-Cendol/215697641166






RJ NASI AYAM HAILAM

hrmm..dekat prima saujana(dekat je ngan giant).huhu.

Thursday, February 3, 2011

okay,final da dekat.tp study main2 sangat!haishh.
berkenaan dengan tempat praktikal.aku ada 2 pilihan.tapi yg mana satu ntah.?semestinya tempat aku tu mcm tak dapat elaun.hee.waduh.semua orang nak elaun kot.at least bg 200rm .diri rasa dihargai oo.tp tu la.senaraikan shipping company atau company di seremban.
mari sediakan pro and kontra.buat pemahaman sendiri before nak pilih.cam kerja la gak an!!
 okay..

shipping company
pro:dekat la juga , :kawan ayah.huhu , :semestinya aku sorang akan diberi perhatian(sbb sorang je budak praktikal) , :dok rumah mak je. 

kontra:oke,elaun tak sure dapat , :kawan ayah.huhu(nape?semestinya high expectation from him la) , :company kecik je.hee.(pekerja kurang 10 org) 

company kat seremban
pro:dekat , :company bole tahan besar , :pekerja ramai , :mungkin lebih byk aku bole belajar! , :orang luar yg aku tak kenal,kalau kenal susah kan!

kontra:tapi tu lah..elaun takde,kena naik bas.ntah la..kena pakai baju kuruung sentiasa kot?aaahahahaa,..

jadi keseluruhan,aku tgk tiada beza sgt.tp aku takut aku salah pilih.kadang2 yg kecil lah lg terbaik berbanding besar2 nih.tp kalau nak ikutkan..bila praktikal di company besar expectation diorang lebih better.tp tu la aku risau!risau!risau(lagu si alif satar).bhahaha.risau beb!takut ,kecut perut!bhahaa.takut tak deliver yg terbaik!org akan kutuk oo.siapa aku nak cari orang yg ada pengalaman praktikal eh?akk aku malas nak tnye,sebab dia totally different.huhu.aku nak cari kawan2 business admin yg sudah praktikal.atau tgh praktikal!atau tgu masa nak praktikal cam aku!heee.doakan yg terbaik buat aku.aku sayang diri aku.takmau malu kan diri aku!huwarghhh:(

Wednesday, January 26, 2011

aku mula kembali dalam perasan dilema.wahai Tuhanku.apakah konklusinya?bagaimana harus aku harungi semua ini?
aku betul tekad nak naikkan pointer aku!tp aku mesti buat plan tu?plan itu mungkin menyebabkan ramai pihak mengata belakang,contoh:"si farah ni under prob ka?","eh kena retake subject ke?"haishh..BUKAN!!!aku cuma tak terdaya la nak ambil byk subjek!:(.rasa macam nak menangis jer.aku perlu naikkan pointer!mesti!Allah,bantu aku!bantu!aku buat pilihan sama ada selepas praktikal nanti,aku ambil 4 subjek dan aku extend 1 lagi sem dan perabih 2 lagi subjek?2 subjek yg bole betul2 fokus untuk capai target?bantu aku buat pilihan Ya Allah.aku sangat memerlukan.sgt2.:'(
yess!LASAGNA!jadik,jadik!i luv lasagna.wehuuuu

TIRAMISU..x brapa nk jadi lapis bawah.cream je okaip!huu

Wednesday, January 19, 2011

mereka!thanks..heeh.semoga bersemangat sem depan praktikal!weee..


bersama dgn geng business admin.mereka baik!mereka vogue!mereka cool!ahaa.semoga kita bersemangat untuk praktikal semester depan.calling2 kaip!


che norlin,damia,bella merra

ama

hee..
Ya Allah,Kau makbulkan doa aku untuk praktikal di PD!weee.gembira giler!tak yah aku pikir byk pasai rumah sewa la apa la.Alhamdulillah.sem ni juga sgt best bg aku sebab aku mula rapat dgn mereka!thanks korang.lain kali kita bikin nama group kita pulak yop.heehe

Tuesday, January 18, 2011

old school

last year punya picture.masa sem 1.english presentation.weee.ade gaks gambar ni!aku curik dr kawan.at least ade la gmbr kenangan time kt uni kan!so.i love this picture!aku nmpk kurus okaip!AAHAAHAH

Monday, January 10, 2011

sabar la farah!sabar!ada tempat kau.cuma lambat skit je nak tahu tu.insyallah,dapat!jgn putus harapan!doa selagi    
terdaya.tahan esakan kau tu.kena kuat!jgn baru dengar surang dapat tempat praktikal kau dah gelabah!kawan2 kau yg lain ade dapat tahu dalam 2 bulan tau!itu lg lah.cabaran kuat punya!
doa farah!doa!kuatkan diri anda!wajib!jgn putus doa!terus setiap helahan nafas kau!janji Allah benar buat sesiapa yg yakin denganNya!

Ya Allah!!aku yakin dengan kuasa Mu!Aku tak patut membiarkan diri aku jauh dariMu.
Allah Ya Rabb,Kau saja lah yg dapat membantu aku menghadapi semua ini.saat susah senang Kau ada disisi aku.bantu lah aku.aku amat memerlukan tempat praktikal skrg ni!amin,amin!

YAKIN~!jgn PUTUS HARAPAN SERTA DOA!Insyallah aku akan dapat tempat tu juga!tunggu dan bersabarlah.

Sunday, January 9, 2011

semakin hari semakin risau

mana lah tempat untuk aku praktikal nanti?
aku masih menanti jawapan sehingga ke hari ini.,tapi tak dapat2 lg.
mana,bila?aduhai.bantu aku ya Allah.aku amat mengharapkan ada tempat untuk aku praktikal.
bila lagi?aku da rasa cemas!stres!konfius.alahai:(.

Friday, January 7, 2011

Tuesday, January 4, 2011

ambil dari sahabat fb.minta maaf,mengambil tanpa kebenaran.*

semakin hari rasa susah hati bertambah!ya Allah,Kau permudahkan lah urusan aku.aku takut aku tak mampu lakukan.Subhanallah,lemahnya hamba Mu ini..dimana aku perlu mencari solusi untuk mengubah diri.aku perlu ya Allah.sem ni aku bagaikan giler.ada 7 subjek untk diambil exam.aku takut pointer aku menurun!aku mahu naik!risau nyer!hanya Kau sahaja yg dapat membantu aku.seharusnya aku kena berusaha juga dan tawakal di setiap apa yang sudah aku usahakan nti.terima kasih.at least aku ada kesedaran.cuma aku takut tak tercapai untuk uruskan kesedaran aku!bantu aku!bantu aku jihad ya Allah.amin.