Thursday, February 12, 2009

continue

sampai je kitaorang di istana budaya..kelihatan nya sungguh ramai sekali.ku lihat di sekitar itu dikelilingi poster hang tuah dan gusti puteri.waduh,lagi buat kitaorg teruja.aHHaa..tepat kul 3,pintu panggung sari dibuka and orang semua serbu masuk.termasuk kami!mudah je cari seat kami!dekat dengan krew technician yang menjayakan teater itu.huu.hampir 10 minit..mc tu membebel"anda diminta off kan handphone","simpan kamera"..bla,bla.teater bermula.kelihatan raja majapahit(ac mizal),gusti puteri/puteri gunung ledang(tiara jacquelina)..apa lah yang mampu aku ungkapkan lagik,selain menakjubkan.sehingga saat ini masih terngiang-ngiang suara mereka membangkitkan watak masing-masing.cara pembawa watak hebat,cahaya dan susunan set memikat hati orang lain serta aku juga lah!ada part tu,pelakon sampingan menari dan menyanyi..waduh,aku terpukau melihat lenggokkan mereka.hehe.tiba scene raja majapahit menyanyi dan menari bulu roma naik tiba-tiba.wow,aku suka!cerita ttg part yg menarik lagi,aku suka apabila adengan puteri gunung ledang muncul sesudahnya rombongan peminangan sultan mahmud(adlin) sampai yg diketuai datuk laksamana hang tuah(stephen rahman).. permintaan beliau yg sebenarnya ingin menolak lamaran sungguh mengagumkan.!lontaran suara puteri gunung ledang sungguh lantang berentakkan muzikal api kemarahan.teringt juga satu scene ini,raja ahmad,anakanda sultan mahmud ingin membuka silat berlawan dengan hang tuah..di situ adengan cukup kelakar.dan setibanya sultan mahmud beliau berkata pada anakandanya"kamu nak lawan dengan angsa" or sumthing like that(sorry,if silap)..tapi kelolohan sultan mahmud tu bersahaja lawaknya.pastinya semua tertawa.magik diselitkan juga!hanya PGL kali ini yang ada magis.huuu.gusti puteri/puteri gunung ledang ingin berjumpa kekasih hati,hang tuah dan melalui pertolongan embok(ida mariana),beliau hilang dari mata pandangan penonton.
aku mulai mencintai teater.terima kasih PGL membuatkan aku sungguh terpegun!hee.bagi sesiapa yg berkesempatan menonton PGL.apergi lah dan alaminya sendiri.pelakon sampingan mereka juga begitu mantap sekali menampilkan setiap adengan...ini yg terbaik dalam hidup aku kerana ini kali pertama aku jejak kaki ke istana budaya,pertama kali aku tgk teater,pertama kali PGL ada magis dan sedihnya,season ini adalah terakhir untuk tiara jacquelina:(

semua bangun memberikan tepukan yg gemuruh untuk mereka.act,depan aku sekumpulan mat saleh.aku tgk mereka enjoy and aku tumpang gembira serta bangga menjadi warga malaysia..huu

1 comment:

fatin said...

hoittt........tu hang tuah ko.hikhik.i saw tiara there