Thursday, March 5, 2009

manusia dan gosip

semalam aku menonton talk show Ally.tajuk minggu ini adalah gosip!.tapi sejauh mana gosip ini mampu membuatkan seseorang itu glamour? ..sedangkan nama golongan yang digosipkan ini kadang kala teruk dibelasah oleh pihak media.bukan lah bertumbuk tapi dari segi ikutan pihak wartawan kepada golongan ini.known as paparazi..blurp*.adakah golongan ini mencari populariti masing-masing?sudah tidak ada modal menanyangkan kejayaan nya dalam kerjaya namun muncul pula hal merampas kekasih dari kekasih.itu suatu yang amat memalukan.tapi jawaban standard,"itu semua bohong belaka" , "no comment".tapi hampir kesemuanya cenderung ke arah kesahihannya!Hmm..tidak boleh kah mereka memberi statement "ya,saya suka padanya,kami terima satu sama lain jika ada jodoh.doakan kami ya!" , "lantak aku la aku nak minat sape pun".haha.ajaran dari aku yg kerdil tentang dunia yang bukan tempat aku.ramai pihak akan menghentam aku jikalau aku adalah seorang PR kepada seseorang itu kerana mengajar dia memberi komen sebegitu rupa.haha.

aku tak mahu tahu pun tentang hal mereka tapi bidang penulisan ini la yang menyebarkan virus ingin tahu dalam diri aku.aku meminati bidang penulisan tapi hasilnya cuma dalam blog aja!belum pernah terpikir untuk menghasilkan sebuah novel.kerana diri aku pun tidak begitu meminati novel.kadang2 kalau baca,jiwang juga la.huhu.tidak selalu.jarang sekali!setahun sekali mungkin??atau tidak ada langsung niat untuk membaca novel.

balik pada bidang penulisan,kerana aku sudah terjebak dengan permasalahan ini,aku menjadi minat untuk terus membaca.walaupun gosip yang melampau.bukan sekadar gosip aja bahkan hasil mata pena yang lain pun aku terpegun juga.bencana alam ke?tindak tanduk politik ke?hasil pencapaian seseorang itu ke?semuanya menarik perhatian aku.tapi apalah aura yang ada pada gosip hiburan kan?!sampai ternga nga mulut melopong mendengar dan membaca kisah hiburan.tak dapat dinafikan dimana-mana pun ada gosipnya tapi bergantung pada seseorang itu menjaga diri sendiri.

sekolah dulu pun,masing-masing dah tak larat menepis gosip kerana hanya didepan mata berlaku perkara menjengkelkan berpeluk sini sana..duduk ditepi tangga sambil tangan merayap ke tempat lain.walhal mereka itu tampak begitu alim orang nya.MasyaAllah,dunia oh dunia!sudah lain jadinya sekarang ini.andai kata hari kiamat tiba.tidak sempat kita untuk meminta pertolongan dariNya.saat itu baru lah terasa kerdil,hina,jahil,menangismeronta-ronta ingin diampuni oleh Allah s.w.t. ..apapun,jaga diri,jaga hati dan perasaan,jaga lah segalanya dengan baik.hubungan dengan manusia dieratkan , hubungan dengan Allah dikekalkan dan menambahkan apa yg tidak cukup dan hubungan kita dengan duniawi ini.wallahualam..

No comments: