Tuesday, June 1, 2010


Dunia patut kutuk Israel bunuh aktivis bantuan kemanusiaan

TIDAK ada perkataan yang layak diberikan kepada rejim Zionis Israel selain daripada kejam, zalim, biadab dan tidak berperikemanusiaan. Malah, rejim Zionis itu selayaknya menerima gelaran sebagai negara pengganas kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.

Apa yang mendukacitakan aktivis pro-Palestin ini tidak bersenjata dan hanya mahu menghantar bantuan kepada penduduk Palestin yang hidup menderita kerana kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan yang dikenakan oleh Israel.

Setakat 9 malam tadi, 19 aktivis pro-Palestin yang menyertai konvoi kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan terbunuh apabila tentera dan komando Israel menyerbu kapal-kapal mereka yang sedang belayar menuju ke Gaza.

Flotila kebebasan itu yang disertai oleh kapal-kapal bantuan dari beberapa negara termasuk dari Malaysia, Indonesia, Iran, Turki, Greece, Sweden, Ireland dan beberapa negara lagi, sebelum ini telah pun menghadapi rintangan setelah Israel mempengarahui negara-negara sekutunya dan ejen-ejen pro-Yahudi untuk menghalang pelayaran kapal-kapal tersebut.

Flotila tersebut yang bergerak dari pelbagai destinasidijadual bertemu di tengah Laut Mediterranean untuk berkumpul dan berlayar secara berkumpulan menuju ke Gaza.

Sementara itu, beberapa konvoi kapal yang diketuai oleh kumpulan aktivis pro-Palestin dari Malaysia, Indonesia dan beberapa negara telah sampai lebih awal dan kumpulan aktivis pertama ini terutama dari Malaysia dan Indonesia diberi penghormatan untuk menjaga keselamatan konvoi bantuan yang bakal tiba.

Kumpulan pertama inilah yang berhadapan dengan tindakan komando dan tentera Israel yang cuba menghalang ketibaan flotila keamanan ini ke Gaza.

Mereka sanggup bergadai nyawa belayar beribu-ribu kilometer meredah laut lepas semata-mata untuk membantu penduduk Palestin di Gaza yang terkepung dan terpenjara di bumi sendiri bertikutan tindakan Israel mengenakan sekatan pergerakan ke atas penduduk Gaza bagi meneruskan kehidupan.

Israel mungkin boleh menyekat pergerakan penduduk Palestin tetapi senjata rejim Zionis Israel tidak akan mampu menyekat kesedaran masyarakat dunia bagi membantu dan membela nasib penduduk Palestin yang terus ditindas.

Konvoi dan flotila keamanan ini tidak perlu sama sekali sekiranya Israel tidak menindas penduduk Palestin, melakukan keganasan, menafikan hak mereka dan melakukan serangan.

Amaran Israel akan mengambil tindakan ke atas flotila ini kerana menceroboh perairan Gaza adalah mengarut semata-mata kerana konvoi ini hanya untuk menghantar bantuan kepada penduduk Palestin.

Dakwaan Israel, komandonya bertindak membunuh aktivis tersebut kerana aktivis berkenaan menyerang mereka adalah tidak berasas sekiranya komando Israel tidak bertindak menaiki dan menyerang kapal-kapal mereka.

Seluruh dunia patut mengutuk kekejaman ini dan tidak akan memaafkan tindakan Israel ini kerana membunuh aktivis pro-Palestin yang tidak bersenjata.

Masyarakat dunia mendoakan keselamatan aktivis yang lain serta kejayaan misi ini. Semoga roh aktivis yang terkorban dirahmati Allah.


sumber:utusan online//

sedihlah aku tgk tv tadi,sungguh aku terasa pilu melihat keadaan yg mengerikan tuh.hanya nak beri bantuan sahaja,tp lain pula jadinya.apalah masalah org yg membunuh ni??langsung tak fikirkan nasib org lain.rejim zionis ni nak biarkan rakyat palestin mati kelaparan,kesakitan!!!hingga tiada surang pun rakyat palestin yg dibiarkan hidup.mudah2an Allah melindungi saudara2 di palestin.jgn putus harapan,slagi mampu untuk berdoa ..kekalkan dan teruskan.insyallah,janji Allah benar!~:,)

situasi-situasi cemas apabila rejim zionis dtg menyerang aktivis pro-palestin

No comments: